Skip to content

lone ranger

April 12, 2010

Kaki melangkah lesu ke Busaras (stesen bas) di tengah-tengah bandar metropolitan Dublin. Langkahnya diseret-seret sahaja. Jiwanya mendung untuk meneruskan perjalanan 4 jam Dublin-Letterkenny itu. Masakan tidak, cintanya di Galway, kasihnya di Dublin, hatinya di Cork, sukanya di Belfast. Apa yang ada di Letterkenny? Hospital besar itu. Sahaja.

.

Lumrah itu kan… 
Ketika kita ramai-ramai, di kalangan manusia-manusia soleh, kita rasa kuat, rasa bersemangat, tenang dan teguh. Di celah-celah kehebatan suasana islami itu, walaupun tidak jarang perasaan rendah diri dan tidak layak itu singgah ke jiwa, tapi semua itu jauhhh lebih baik dari rasa down, malas dan lemah ketika  bersendirian!

.

Pasti sengajalah kehendak Allah untuk mencampakkannya posting kerja di Letterkenny, nun di utara Ireland selama 6 bulan. Ujian keimanan kali ini terasa begitu berat. Bukan senang. Bukan senang. Untuk menjaga diri, menjauhi kemaksiatan, memelihara diri dalam redha Allah semasa dalam sendirian.

.

Imam Ibnu Rajab telah berkata,
“Takut kepada Allah ketika bersendirian merupakan tanda kesempurnaan iman.”
Ayuh, ukurlah diri sendiri…
Terasa mudah sahaja untuk beriman kepada Allah semasa berada di kalangan orang-orang soleh. Tapi apabila dalam sendirian…
Pernahkah kita merasa seolah-olah pintu dosa sedang terbuka luas?
Mudah untuk lagha?
Lantas kita berlembut dengan diri sendiri?
Atau bagaimana?

.

Mungkin kita yang senang sangat terpedaya dengan syaitan yang jahat! Syaitan yang tak habis-habis menipu. Tapi kitalah yang lemah semangat kan sebenarnya.. nak marah sape..

“Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang menjelma dan menghilang. Yang membisikkan kejahatan ke dada manusia.” (Surah An-Nas : ayat 5-6)

.

Maka benarlah,  hanya Mujahid dan Mujahidah sahaja yang mampu lulus ujian ketaqwaan semasa bersendiri, iaitu mereka yang tinggi semangat jihadnya, yang tidak pernah berhenti dari mujahadah, yang memelihara diri, yang ikhlas, yang benar-benar merasa kehadiran Allah, dan yang beriman dengan firmanNya:

“..Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, peliharalah silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasimu.” (Surah An-Nisa : ayat 1)

“Masakan Allah yang menciptakan manusia tidak mengetahui? Sedangkan Dia Maha Halus (dalam pentadbiranNya) lagi Maha Pakar.” (Surah Al-Mulk : ayat 14)

.

Seorang ulama salaf telah berkata:
“Jika kamu melakukan dosa tanpa malu ketika bersendirian, kamu adalah termasuk dalam salah satu di antara 2 golongan ini sahaja:
– Jika kamu sangka bahawa Allah tidak melihat dirimu, maka sesungguhnya kamu telah menjadi kafir.
– Jika kamu memang sedar bahawa Allah sedang memerhatikanmu, bererti kamu berani menderhakai Allah.”

.

Harusnya kita menghindari dosa kerana takutkan Allah, malu kepada Allah, bukan kerana makhluk. Namun, kalaupun kita melaksanakan dosa ketika bersendirian, secara rahsia, tanpa ada manusia mengetahuinya, saksikan sabda Rasulullah saw ini:

“Seorang hamba tidak menyembunyikan satu rahsia, melainkan Allah akan menyerlahkan tandanya secara zahir. Jika rahsianya itu baik, tandanya juga baik. Jika rahsianya itu buruk, tandanya juga buruk.” (hadith riwayat At-Thabrani)

Maka usahlah kita pelik jika pemilihan kita tidak betul, keputusan kita tidak tepat, manusia tidak menyukai kita atau jika silaturrahim dengan manusia lain, khasnya dengan orang yang baik, jadi berantakan. Barangkali ada dosa yang harus dimuhasabah.

.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah al-adzim.
Ingatan buat diri sendiri.

~ Letterkenny ..bukan salah bumi tempat berpijak, yang salah adalah iman yang bergolak.

.

ar-rumaisa
27 Rabi’ul Akhir 1431H
Letterkenny, County Donegal, Republic of Ireland.

4 Comments leave one →
  1. huda rj permalink
    April 12, 2010 7:25 pm

    kak hanim yg kuat!! semoga semuanya kheyr belaka..terkesan sgt ngan entry ni..sbb terkena batang hidung kot.huhuhu

  2. April 14, 2010 4:47 pm

    huhu..jzkk,akak..
    mmg tepat sekali apa yg akak katakan..
    bila bersendirian..jauh dari biah solehah..makin hebat diasak dgn dunia..huhu..
    semakin mudah futur..
    selalu down..huhu..
    akak doakan saya kat sini gak,ye ^_^

    keseorangan di bumi tandus Alberta ~_~

  3. April 18, 2010 7:08 am

    bgus akak.. kite pun baru je melangkah ke luar negara seperti akak. semoga urusan kite semua dipermudahkan-Nya..

  4. May 8, 2010 5:22 am

    “Dan dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada” [57:4]

    iz suka ayat ni^__^. baca setiap masa bagi dia berlegar2 mengalir deras dalam salur darah. astaghfirullah.. hidup yg sntiasa diuji..

    kak hanim, matlamt tahun ni.. kitorg nak bina RI jordan yang ‘besar’ sket. penat duduk sedikit2 ni.. rasa keperluan utk ‘berumah tangga’ bersama akhawat2 sehati sefikrah sekerja sesama rasa membuak2.. masalahnya rumah yg bersesuaian tak kejumpaan lagi.. doakan kami..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: