Skip to content

kerana dakwah ini kita tanggung bersama

April 22, 2010

Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan nukilan yang indah dan sarat dengan maksud di bawah ini kepada seseorang. Maka saya pinjam kata-katanya, terpaksa juga ‘kopi & pasta’ di sini, kerana ia penuh makna. Rasa sedih melihat sastera pada hari ini telah bertukar qiblat – kebanyakan muzik, lirik, puisi dan nukilan ditulis hanya untuk berseronok sahaja. Sunyi dari nilai dan erti.

Semoga kelak akan lebih banyak karya-karya islami yang berkualiti akan lahir dari jiwa-jiwa yang beriman. =)

kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
Oleh:  Izzat Hafifie


syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

 

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

 

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekimu yang melimpah ruah

 

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

 

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

 

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

 

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

 

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

 

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

 

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

 

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

 

kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

 

mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

 

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu

 

medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…

.

Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

2 Comments leave one →
  1. August 19, 2010 6:53 pm

    minta kebenaran copy ye…

  2. September 30, 2010 5:23 am

    mohon keizinan utk d kopi & pasta jg🙂
    ayat2 ilham dariNya benar2 menyentuh..
    tsabbit qulubana ya Allah..ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: