Skip to content

volcanic issues

April 26, 2010

Rabu, 14 April 2010 – Tidak semena-mena, gunung berapi Eyjafjallajokull (cuba sebut) di negara Iceland meletup, membebaskan 110 cubic meters lontaran abu, habuk, batu, lava dan macam-macam lagi. Letupan kuat itu menghasilkan lontaran ke udara setinggi 9 kilometer dari puncak gunung berapi. Dalam tempoh sehari sahaja, abu dari letupan gunung berapi itu tersebar ke serata bumi Eropah dengan bantuan sang angin.

.

Kesannya lebih buruk dari yang dijangkakan. Negara Iceland sendiri banjir kerana ais yang cair akibat lava panas. Abu yang sangat tebal di serata ruang udara benua Eropah menjadikan keadaan tidak selamat untuk sebarang penerbangan. Kesemua lapangan terbang di 23 negara-negara Eropah terpaksa ditutup. Bayangkan,1 negara mempunyai beberapa lapangan terbang, dan 23 buah negara telah menutup ruang udaranya. Tidak ada kapal terbang diizinkan untuk beroperasi, untuk naik atau mendarat di Eropah. Beribu-ribu penerbangan dibatalkan setiap hari, atau ditangguhkan ke tarikh yang tidak dapat ditentukan. Keadaan ini berlanjutan selama hampir 2 minggu.

.

Hasilnya? Berjuta-juta orang terkandas di pelbagai destinasi seluruh dunia. (Penerbangan saya dari Dublin,Ireland ke Birmingham,UK juga dibatalkan pada malam tersebut, dan saya tidak dapat menggunakan feri ke UK kerana ia akan memakan masa perjalanan yang terlalu lama. Unsuitable for a short weekend trip).  Kegiatan import export juga tergendala. Mesyuarat, persidangan, perhimpunan terpaksa dibatalkan. Pelancongan dan perniagaan terjejas. Barang-barang pertanian, perubatan dan apa-apa yang perlukan pengangkutan segera tidak dapat dibawa masuk.

Benua Eropah seakan tanpa sengaja menutup pintunya, inaccessible from the sky.

.

Kerugian dianggarkan sebanyak 28 juta pound sterling SEHARI. Pengangkutan air, keretapi, jalan raya menjadi jalan utama. Kesesakan, kenaikan harga dan kekecohan. Beberapa orang  doktor rakan sekerja saya tidak datang kerja ke hospital pada hari Isnin tersebut, terkandas entah di mana. Pembedahan dibatalkan. Doktor yang Oncall terpaksa dicari pengganti. Memang kelam-kabut. Saya juga mempunyai kawan-kawan pelajar yang terkandas di Abu Dhabi, Paris, Kaherah dll yang kesemuanya tidak dapat pulang ke bumi UK dan Ireland. Kami membuat kutipan derma untuk menampung kos perjalanan pulang mereka dengan jalan darat, yang pastinya bertambah beberapa kali ganda, di samping mendoakan keselamatan mereka. Saya tidak pasti sejauh mana berita ini diketahui umum di Malaysia.

.

Macam mana?

Bila terjadi peristiwa ini, terasa sungguh kekerdilan manusia. Secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, kita tidak dapat melawan ketetapan Allah. Baru satu gunung berapi meletup, habis kelam-kabut dunia kita. Mesin manusia yang tercanggih pun, hanya dapat meramal dan mengukur akibat sesuatu bencana alam, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikannya. 
Kita dapat menjangkakan gempa bumi akan berlaku, kita boleh ukur gegarannya berapa skala richter. Tetapi adakah kita dapat menghalang gempa bumi itu? Tidak.
Kita boleh ramal kedatangan tsunami dan ribut. Kita boleh ukur kelajuan taufan. Tetapi adakah kita dapat menghentikannya? Tidak.
Begitu lemahnya manusia.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal.” (Surah Ali Imran : ayat 190)

.

Letupan Eyjafjallakokul pada 14 April 2010 pastinya termaktub dalam perancangan, kehendak dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Walaupun manusia menamakannya sebagai ‘bencana alam’, berbekalkan aqidah yang sejahtera, kita akur dan meyakini bahawa tentu ada sebab dan hikmah yang tersendiri di sebaliknya. Siapa tahu apa kebaikan yang terlaksana mahupun apa keburukan yang tergendala dari letupan gunung berapi ini? Kerana tidak ada kejadian Allah yang sia-sia. Indeed, Allah is The Best Planner.

.

Berhadapan dengan peristiwa ini, maka wajarlah lidah kita membacakan  (sambungan dari ayat di atas):

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal.” (Surah Ali Imran : ayat 190)

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring, dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (lalu berkata)..
‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari seksa neraka.’
(Surah Ali Imran : ayat 191)

Kepada Allah kami beriman dan memohon perlindungan.

.

ar-rumaisa
13 Jamadil Awwal 1431 Hijriah
~ stuck in Letterkenny

One Comment leave one →
  1. emhoho permalink
    April 29, 2010 11:45 am

    walaupun hikmah yg kami dapat agak kecil berbanding lain, tapi bagi kami tetap besar.
    ukhuwwah dgn sister UK Notts sangat mahal, 2 minggu mereka berkampung di Anfaal memang menumbuhkan sesuatu.
    subhanallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: