Skip to content

blame it on Murtabak Sardin

April 30, 2010

Orang kata, “Malaysia is food heaven”. Saya sangat setuju. 200%. Setiap kali saya berjalan longlai pulang dari Oncall dan melalui simpang tepi rumah saya di Letterkenny ini, saya akan berharap saya sedang berada di Malaysia… di mana tidak ada simpang yang akan dibiarkan sunyi sepi.  Mesti akan ada makcik jual nasik lemak di situ, atau kuih, atau keropok leko, atau paling tidak, orang jual air. Kalau cari makanan sampai tengah-tengah malam buta pun, no worries, mapley kan ada.

Hmm.. ertinya, orang Malaysia ni makan 24 jam kan?

Kalau tidak, takkanlah ada restoran yang sanggup buka terus-menerus. Kedai mamak sudah jadi seperti hospital. Tidak ada hari cuti. Mamak kerja sama hebat dengan doktor. Kena Oncall.

.

Mungkin ini salah satu penjelasan kepada hasil kajian Kementerian Kesihatan. Statistik menunjukkan, dalam tempoh 10 tahun (1996-2006), kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 250% ! Manakala
Setiap 2 daripada 5 orang dewasa di Malaysia termasuk dalam kategori gemuk.
– 38% remaja berumur 12-18 tahun juga adalah gemuk.
– 24% kanak-kanak 6-12 tahun gemuk.

Teruk ni. Dan angkanya terus meningkat.

.

Saya lampirkan di sini, makanan mamak dan kalorinya, sebagai panduan. Sedihnyaaa tengok Murtabak Sardin berada di tangga teratas kalori tertinggi dalam sejarah makanan mamak, iaitu 787 kcal. Kita hanya perlukan sekitar 2000 kcal dalam sehari. Dan seketul Murtabak Sardin sudah membekalkan hampir separuh dari bekalan kalori itu! Jadi makan Murtabak Sardin lewat malam : BAD IDEA.

.

Makanan Malaysia kita memang best, tetapi kandungannya banyak santan, minyak dan gula. Obesiti, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis – tak hairan kan.

.

Saya juga tidaklah mengatakan makanan orang barat lebih sihat. Western food contain a lot of cheese, mayonaise and butter, and on top of that, alcohol drinks. Kadar diabetes di sini, lebih kurang saja dengan Malaysia. Mereka juga ada banyak masalah hati (chronic liver disease) disebabkan minuman keras, khasnya Ireland, kerana orang Irish adalah juara minum seluruh benua Eropah. Saya memang sedang tinggal di sebuah negara yang budayanya sangat didominasi oleh arak. Sebagai doktor di sini, saya berhadapan dengan kesemua masalah dan kerosakan yang mampu dibawa oleh arak ke dalam masyarakat. Saya naik saksi dan beriman sepenuh hati dengan hikmah pengharaman arak ke atas umat Islam.

.

“You are what you eat.” How true.  Telitilah apa yang kita makan, kerana jasad ini amanah Allah. Selagi bernyawa, kita akan menggunakannya. Kita tidak mahu ia rosak sebelum ajal. Kalau sakit dan rosak, nak cari ganti Transplant bukan senang. Benar manusia boleh hidup dengan hanya 1 buah pinggang, 1 paru-paru, separuh liver, separuh thyroid gland, or without appendix, without gall bladder (my fellow medics may add to this list). Namun, sesungguhnya Allah telah memberi kita semua organ-organ itu selengkapnya dan kita benar-benar akan dipersoalkan ke atas barang-barang pinjaman Allah ini. Thus, eat more fruit and veggies, less oil, less cholesterol, less sugar, no Maggi Mee (ok doctors!), no Ajinamoto, high fibre, don’t eat at midnight.. (ok, i will stop nagging now). 

.

Satu perkara yang saya kagumi di kalangan rakyat di sini, ialah komitmen mereka terhadap senaman. Rakan-rakan doktor sekerja saya, ramai yang berkunjung ke gymnasium pada petang hari selepas pulang kerja dari hospital. Tidak kurang juga bilangan mereka yang sudi berbasikal pergi kerja di pagi hari. Mereka juga MAJORITInya tidak suka naik lif di hospital, mereka sentiasa memilih untuk naik tangga, termasuklah doktor-doktor pakar yang sudah berumur. Maka tangga dalam hospital adalah prominent, besar dan lebar, hidup, ada banyak papan kenyataan dan selalu saja menjadi ‘tempat pertemuan’ (meet you at the stairs in 10 minutes!).

Rata-rata tangga dalam bangunan di Malaysia, terletak di ceruk hujung yang tiada siapa tahu lokasinya, kecil, berhabuk, bersawang dan sentiasa ditutup oleh pintu, tanpa papan kenyataan atau apa-apa tanda. Yang terletak menyambut kita di depan pintu masuk bangunan ialah LIF, yang besar dan berkarpet cantik.

Betapa berbezanya budaya kita!

.

Oh.. salahkan murtabak sardin, salahkan santan, salahkan lif, salahkan Malaysia?

.

Selamat bermujahadah.

.

ar-rumaisa
Medical Officer (yang selalu tension jaga Diabetic Clinic)
Letterkenny General Hospital
Ireland.

.

~ homesick = sakit rumah

4 Comments leave one →
  1. milah permalink
    May 1, 2010 9:06 am

    maggi mee??
    huhu~ hard to resist..

    =)
    akak,jom qawiyyul jism!!

  2. May 1, 2010 4:27 pm

    haha.
    akak, no more maggi ok
    mari memasak
    =).
    sedapnya murtabak,
    akak balik bulan 6 kan?
    makan kan untuk saya ye.

  3. May 8, 2010 5:34 am

    hoho.. ni nak rindu malaysia ni..

    kak hanim.. teringat salah satu dialog kitorg ngan doktor arab kitorg kat universiti ni.

    stu: “What do you think bout us malaysian student?”

    doc:”errmm.. i’m so impressed. i’ve never seen them using the elevator.. they always go up by stairs..”

    haha.. nmpknya malaysian jordan ni cam ada gaya2 orang barat sana dah.. ble wat modal motivasi sket.. huhu^^,

  4. January 6, 2012 1:44 pm

    hehe. comelnye sinisme ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: