Skip to content

Yang elok itu budi

May 7, 2010

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,

Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Akhlak itu peribadi, perasaan, kata-kata, pemikiran, cara, budaya – ia adalah siapa diri kita. Imam Hassan al-Banna berkata,
jika kita masih rasa ragu-ragu, perlu berfikir 2 kali sebelum melakukan sesuatu perkara, tidak terus SPONTAN melaksanakannya, bererti perkara itu BELUM menjadi sebahagian akhlak kita
.
Perkara itu belum lagi menjadi darah daging kita, belum lagi meresap ke dalam jiwa dan nadi kita. It is NOT part of you, yet. Kalaulah betul sesuatu perkara itu sudah jadi akhlak diri kita, kita akan terus saja buat, tanpa berfikir banyak kali, tanpa disuruh, semulajadi dan spontan sahaja kita bertindak.

Izinkan saya berkongsi mutiara-mutiara akhlak indah bergemerlapan yang saya di temui di sepanjang jalan hidup saya…

.

Saya kenal seorang kawan, yang pada pandangan saya, sangat dermawan. Dia sentiasa, sentiasa, sentiasa tersenyum memaniskan muka bila bertemu, dermawan dengan senyum, dermawan dengan perhatian dan kasih-sayang. Dia selalu akan berkongsi apa-apa saja yang dia ada, ajak ke rumah dan sebagainya. Tidak pernah dia menunjukkan muka masam/tak suka/tension dengan sesiapa. Walaupun dia sedang sibuk atau runsing, dia akan sentiasa welcome orang lain dan jawab dengan mesra kalau dia tidak dapat hadir/bantu sekarang. Bahkan, dia akan membuat janji untuk inshaAllah berusaha menyelesaikannya nanti. Seronok bersahabat dengannya, sebab dapat rasa kesediaannya, keikhlasannya untuk menyokong dlm susah dan senang. I feel she is the warmest person i have ever met. Istimewa kan?

“Jika salah seorang di antaramu berjalan kerana mahu menunaikan keperluan saudaranya, ia adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama sebulan di masjidku ini.” (Hadith hasan, riwayat ibnu Abi Dunya)

.

Saya juga kenal seorang lagi kawan yang saya kira seorang pendengar yang baik. Dia gemar bertanya khabar, banyak berfikir dan mengambil berat perihal orang lain. Dia akan mendengar dengan penuh perhatian apa-apa yang diceritakan kepadanya hingga seseorang itu merasa dihargai. Dia tidak akan melayan SMS ketika orang sedang berbicara dengannya, atau dia akan menunggu cerita sahabatnya selesai sebelum bangkit mengambil air walaupun dia haus. Jaranglah terjadi orang merasa tidak penting bila berhadapan dengannya. Apabila menjadi ketua, jaranglah dia terlepas pandang atau tidak tahu perihal dan masalah-masalah individu-individu di bawah jagaannya. She is thoughtful and cares a lot about others around her.

“Tidak beriman seseorang kamu, hingga dia mencintai untuk saudaranya, apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

.

Seorang lagi sahabat saya, adalah seorang yang paling pantas dan pemurah dalam menawarkan pertolongan. Selalu menjadi orang  pertama untuk volunteer membantu. Jikalau ada apa-apa majlis atau agenda, dia selalu akan menjadi orang kuat dalam tempoh persediaannya, dan datang awal pada harinya untuk menolong itu dan ini, walaupun dia tidak menyandang apa-apa dalam jawatankuasa. Sama sahaja kita memberinya jawatan atau tidak. Dia pasti ringan tangan dan rasa bertanggungjawab. Elakkanlah mengeluh di hadapannya, sebab dia akan mendahuluimu untuk menyelesaikan perkara itu. Pernah seorang kawan mengeluh, ‘Alamak, esok pagi takde breakfast lah. Lupa nak beli biskut tadi.’ Apa yang berlaku? Esoknya sahabat saya itu selepas subuh, terus bangkit memasak menyediakan nasi goreng, sebelum dia keluar untuk menghadapi peperiksaannya hari itu.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada 1 kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada 1 kesusahan daripada kesusahan-kesusahan akhirat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang yang susah, maka Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya, selagi mana dia suka menolong saudaranya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

.

Saya juga suka untuk menyebut tentang seseorang yang saya kira selalu menang dalam hal ibadah. Sukarlah mengalahkan dia dalam hal bangun tidur. Mesti saja dia yang mengejutkan orang lain, baik untuk qiamulail atau solat subuh. Dialah yang pertama menunggu di saff. Dia tidak banyak berkata-kata, tapi dia seorang yang jujur dengan apa yang diperkatakannya, kerana dia beramal dengan apa yang diserukannya. Maka apabila dia menyeru, saya akan senang sekali menerima dakwahnya, kerana saya mengenalinya. Susahkan, nak jumpa dengan orang yang cakap serupa bikin?

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Besarlah kemurkaan di sisi Allah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah As-Saff : ayat 2-3)

.

Apabila bersama-sama mereka, saya banyak belajar, banyak mutiara-mutiara hikmah yang dapat saya kutip setiap kali bertemu dengan mereka walaupun sekejap. Bukan melalui kata-kata nasihat, tapi melalui tindakan dan pemerhatian kepada cara mereka. Mereka seusia dengan saya, hidup sezaman dengan saya di abad yang individualistik dan materialistik ini, belajar dan berkelana di perantauan seperti saya. Namun, Islam telah mewarnai peribadi mereka dan menjadikan mereka istimewa.

.

Bukanlah mereka semua itu manusia sempurna. Mereka juga punya kekurangan dan kelemahan masing-masing. Namun, saya merasa berkewajipan untuk menceritakan kelebihan dan keindahan akhlak yang ada pada diri mereka, agar dapat diteladani. Kita boleh, inshaAllah. Bersihkan diri, ikhlaskan niat, comelkan akhlak. Lillahi Taala.

عن أبي أمامة قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: ” أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقّاً، وببيتٍ في وسط الجنة، لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيتٍ في أعلى الجنة لمن حسَّن خلقه”.

Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Aku menjamin terhadap
rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perdebatan walaupun dia yang betul,
rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan
rumah di bahagian tertinggi syurga bagi sesiapa yang memperelokkan akhlaknya.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud)

2 Comments leave one →
  1. May 25, 2010 11:40 pm

    Hidangan pagi hari…terima kasih post..

  2. atiqullah permalink
    June 9, 2010 8:31 am

    salamualaikum ,akak. sukanya sy baca keseluruhan entry ini. : )
    kdg2 kerana terlalu byk berprasangka, kita lupa akan kebaikkan dan kelebihan saudara2 kita (t’utamanya akhawat2 yg rpt dgn kita) dan mungkin juga kerana ego dalam diri kita yg susah utk ditundukkan.

    Astaghfirullah, bersangka baik adalah selemah-lemah ukkhuwwah.
    Bersihnya hati-hati mereka yg sering m’sucikan diri dari prasangka-prasangka buruk.

    Teringat surah alfajr:28, “Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhai..”
    JzkLh atas perkongsian. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: