Skip to content

ada hantu!

June 12, 2010

Tidak habis-habis lagi rupanya kegilaan itu. Sangka saya ia sudah berlalu, kerana kalau tidak silap, ini sudah mencecah tahun ke3? Malangnya sangkaan saya terus meleset.

.

Ia sudah menjadi fenomena. Saya pulang ke tanahair untuk menyaksikan hampir setiap rangkaian televisyen Malaysia menyiarkan rancangan yang lebih kurang sama. TV2 dengan Santau, Astro dengan Jangan Pandang Belakang, TV3 dengan Misteri Nusantara. Serentak. Ini memang betul-betul asak ni. Apa lagi? Momok? Waris Jari Hantu? Saka? Sila tambah senarai.

.

Menarik sungguh definisi hiburan orang Melayu zaman sekarang. Seronok juga menakutkan diri sendiri. Suspen. Biar berpeluh sikit.

‘Ah.. tak takut pun. Terkejut aje,’ kata seorang kawan.
‘Just looking for a bit of Adrenaline rush. Thriller!’ sambut seorang lagi.

Jujurnya saya berpandangan tidak mungkin semua ini adalah sekadar hiburan semata yang langsung tidak meninggalkan jejak. Kerana kita adalah manusia yang punya akal fikiran, jiwa dan perasaan. Lazimnya sebagai manusia normal, kita terusik, terkesan dan terbentuk dengan apa yang ada di sekeliling kita, apa yang dihidangkan kepada kita, apa yang diperkatakan kepada kita, apa yang dibaca, apa budaya yang biasa dan apa pengalaman yang pernah dilalui. Cuma mungkin kesannya pada kadar yang berbeza-beza bagi setiap orang dan melahirkan reaksi yang berlainan. Saya tertarik untuk memikirkan dan bincang tentang impak kebanjiran cerita-cerita hantu di pentas wayang dan televisyen.

.

Paling jelas, kanak-kanak yang suci bersih selepas menonton cerita hantu jadi takut dengan gelap, jadi takut tidur sendirian, jadi ‘kenal’ dan takut ‘hantu’ (langsuir macam ini, toyol macam itu dll), jadi ada mimpi ngeri, tidak kurang juga yang mengigau. Sesungguhnya orang yang tidak tahu ada harimau, tidak akan takut untuk masuk hutan. Apa sebenarnya yang kita cuba ajarkan kepada anak-anak ini? Betul, kita tidak menafikan kewujudan makhluk halus seperti jin,syaitan dan mereka anak-anak harus tahu tentangnya. Tapi bukan untuk ditakuti seperti ini. Kita bukan mahu mendidik mereka untuk takut hantu.

.

Tambahan pula, benarkah semua ini hanya berlaku pada kanak-kanak? Sejahterakah orang dewasa menontonnya? Hakikatnya, filem-filem seperti ini banyak melemahkan jiwa, melunturkan semangat, melahirkan generasi pengecut, di saat-saat kita sedang ketandusan pejuang dan rijal yang berjiwa kental. Di tengah-tengah kemelut umat Islam yang meruncing dan kerosakan jatidiri, ramai pula yang sedang takut dengan bayang-bayang sendiri atau sibuk merujuk dukun dan pawang untuk segala macam masalah.

“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kejahatan.” (Surah Al-Jin : ayat 6)

.

Apa yang paling ditakuti ialah kalau-kalau ada makhluk ngeri tiba-tiba menjelma, atau kerasukan, atau ‘buatan orang’ dan yang sewaktu dengannya. Benar itu semua adalah kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dengan izin Allah.

.

Namun, gangguan jin dan syaitan yang lebih utama yang melanda setiap seorang anak Adam pada setiap hari bukanlah dalam bentuk sebegitu. Sebaliknya, gangguan mahkluk-makhluk ini adalah berbentuk bisikan-bisikan jahat, detikan-detikan halus dan ajakan-ajakan untuk bermaksiat kepada Allah! Untuk mengabaikan perintahNya dan sesuka hati melanggar laranganNya, seperti yang difirmankan Allah dalam surah An-Nas:

“Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Iaitu dari jin (syaitan) dan manusia.” (Surah An-Nas : ayat 5-6)

Mereka menyemai keberanian dalam jiwa manusia untuk DURHAKA kepada Yang Maha Esa, hingga mengheret kita ke pintu neraka. Oh.. gangguan macam ini tak takut pulak?

.

“Usu, kenapa bawa budak kecik jalan malam-malam?”
“Takpe mak, dia dah pakai tangkal.”
“Oo.. baguslah.”

Luluh hati saya mendengar perbualan tersebut. Rasa selamat dengan memakai tangkal? Azimat? Letak buku Yasin bawah bantal? Isu ini perlu perbincangan lain yang panjang.

.

Kelihatannya kebanjiran filem-filem cerita hantu momok jembalang ini nyata berjaya memakmurkan lagi dunia mitos tahyul serta budaya khurafat yang sudah sedia subur dalam masyarakat kita.

Ya Allah..
kami berlindung kepada Engkau dari mensyirikkanMu dengan apa yang kami ketahui,
dan kami memohon ampun dari mensyirikkkanMu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.
Aku berlindung pada kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhlukNya.

(bacaan Al-Mathurat)

.

Iwa: malam nanti nak tido dengan kakak tau.
Me : kenapa?
Iwa : takut hantu..
Me : Iwa, hantu siang-siang pun ada la.
Iwa : Kakak tipu ! Kakak tipu!!
Me : … (tepuk dahi)

.
ar-rumaisa
Shah Alam

4 Comments leave one →
  1. June 12, 2010 5:35 pm

    Saya tertarik dengan topik awak.
    Siapa yang harus dipersalahkan?

    Saya pernah belajar perubatan Islam dgn Dato Dr Harun Din dan Ust Amran Kasimin selama setahun sehingga diijazahkan ( diakui ) boleh mengubat org. Tapi bukan itu tujuan saya. Tujuan saya ialah untuk dakwah dan mengunakan kelebihan ini semata mata sebagai pancing untuk dakwah.

    Dan kesannya ada yang Allah izinkan sembuh dan akhirnya jadi mad’u saya pun dibidang dakwah.

    Sepanjang belajar saya tidak pernah tengok hantu tapi pernah merasai mereka hadir dgn saya sepanjang saya mengikuti kelas pengajian dan mengikuti saya dalam perjalanan pulang kerumah.

    Mmg saya diganggu dan begitu juga kepada murid2 yg lain kerana ini adalah satu ujian bagi yang belajar perubatan islam.

    Cumanya besar atau kecik gangguan itu bergantung pada amalan dan keyakinan diri masing masing.

    Saya diganggu. Ditindih. Dipangggil dan dirasuk sehingga saya rasa ingin berhenti dari belajar tapi diberi kekuatan motivasi oleh guru2 saya.

    Cerita cerita tahyul di TV berpunca dari siaranTV di malaysia ini meng advertise dan mempopularkan bomoh2 sewaktu mereka sedang melakukan perubatan dan ditayangkan keseluruh negara. Dan bila cerita bomoh2 yang mengubat ini famous dan boleh pula menyembuhkan maka produser filem mengambil idea ini untuk membuat filem filem tahyul. Inilah puncanya!

    Mmg tidak dpt dibendung selagi masyarakat mempercayai perubatan tradistional ini dan selagi Kementrian dan Jakim tidak mengambil tindakan!

    Cuma nasihat saya jika ingin berubat cara ini …elakan dari berjumpa bomoh yang mengggunakan keminyan atau pun perasap keminyan dan jangan berjumpa bomoh yang membaca ayat alquran yang hanya komat kamit dibibirnya saja tanpa menyebutnya secara jahar ( kuat ).

    Juga untuk info syaitan dan hantu tidak boleh berupa seperti manusia atau yg sewaktu dgn nya. Dia hanya boleh merupakan dirinya dlam bentuk anjing hitam dan ular sahaja …..kat overseas tak tahu pulak.

    Isu Tv ni, mak bapaklah kena control … dan yang ditakuti,mak bapak pulak yang lebih teruja dgn filem2 begini dari anak2 mereka ….aduhai.

  2. June 13, 2010 8:55 am

    jzkk =)

  3. kaisya permalink
    July 17, 2010 12:38 pm

    hurm…. bg saye hantu ni xde selagi kite x undang dye…..
    siang mlm pg ptg… crite2 hantu yg ditayangkn tu sbnrnye xpatot pn sbb dye mnakutkn bdk2…
    mcm ank sdare saye… dye skrg sudh darjah 3… tapi nk tdo dgn prnts… tdo kene ade org teman… nk pegi dapo yg terang benderang pon nk berteman…. kesian tgk bdk2 yg mcm ni… dorg mcm xde keberanian… tkt2 ia akn mmberi kesan bile dh besar… kurang keyakinan diri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: