Skip to content

to the rescue

July 3, 2010

OnCall di Accident & Emergency (A&E) Department semasa berlangsungnya Piala Dunia – entah mengapa saya berani menyimpan sekelumit impian sebelum memulakan OnCall… berharap kalau-kalau A&E Letterkenny General Hospital ini akan senyap sedikit disebabkan World Cup, manalah tahu semua orang-orang putih ni akan duduk diam-diam di rumah. Apapun, harapan saya tinggal harapan. A&E was still roaring, busy as ever, with anything and everything imaginable that walked in.

.

Sekitar jam 3 petang, sebuah ambulan sampai di pintu kecemasan, membawa seorang lelaki berusia 65 tahun, kelihatan sangat lemah, memegang dada dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. ECG dibuat, nyata dia sudah mengalami serangan jantung – Posterior Inferior Myocardial Infarction. Kami segera memulakan rawatan kecemasan: Oxygen, Morphine, Aspirin, Clopidogrel, bloods, Isosorbide dinitrate, Tirofiban etc. Masalah apabila bekerja di hospital daerah yang kecil seperti ini ialah, kami tidak ada cukup kemudahan dan alatan untuk merawat, walaupun ada doktor yang mempunyai kepakaran yang diperlukan. Maka panggilan kecemasan terpaksa dibuat ke hospital besar di Dublin, requesting urgent transfer for Rescue Coronary Angioplasty.  Permohonan dibuat untuk memindahkan pesakit ke sana sekarang juga. Rawatan segera di sana inshaAllah berpotensi menyelamatkan nyawanya.

.

Dublin terletak sejauh 4 jam perjalanan dari Letterkenny. Dengan keadaan pesakit yang tidak begitu stabil, seorang jururawat dan 2 anggota paramedik sahaja tidak cukup. Seorang doktor diperlukan untuk turut sama naik ambulan untuk menjaga pesakit tersebut di sepanjang-panjang perjalanan ke Dublin.  Dan doktor bertuah yang terpilih ketika itu ialah… saya!

(erk.. Aku?! )

Me : But.. but.. Dr Miranda, i have never done any patient transfer before! And i have never work in Cardiology!
Consultant : Good. There’s always a first time for everything. And uh… if  you need to, just start CPR. Now go!

.

MasyaAllah besarnyaaa tanggungjawab. Menjadi satu-satunya doktor dalam ambulan untuk menjaga pesakit yang tenat selama 4 jam perjalanan. Saya biasa merawat pesakit jantung di hospital, tetapi bukanlah secara berseorangan, bukan juga dalam ambulan yang sedang berjalan, dan bukanlah pesakit tenat yang perlu dikejarkan untuk prosedur. Jujurnya, saya jadi takut juga kerana kurang pengalaman.

.

Untuk berfikir, berdiri dan merawat dalam ambulan yang sedang menjerit bunyi siren dan bergerak selaju 120 km/jam rupanya tidak mudah. Tiada siapa pun memberi amaran kepada saya tentang betapa loyanya tekak jika berdiri dalam ambulan. (I should have taken the anti-emetic tablet prior to the journey). Saya juga perlu kelihatan yakin dan tenang di hadapan pesakit yang asyik merenung wajah saya penuh percaya. Saya senyum kepadanya. Dan dalam pucat lesi di sebalik topeng oksigen itu, dia mampu tersenyum semula.

.

Baru separuh jalan, tekanan darahnya mulai jatuh. Peluh memercik ke dahinya, dan pakcik itu memegang dadanya semula, mengerutkan muka. This is not good.
Bismillahi tawakkaltu ‘alalAllah!
Dan saya menukar strategi, menghentikan ubat itu dan memulakan ubat ini, memeriksa tekanan darahnya setiap beberapa minit. Mesin tekanan darah itu pula tiba-tiba tidak berfungsi dalam ambulan. Rosak ke apa ke, entahlah. Maka terpaksalah saya membaca tekanan darah cara tradisional, pam tangan dan dengar sendiri dengan staethoscope, yang terbukti susah dalam kebisingan bergerak di atas jalanraya dan bunyi siren.

.

Apa yang terlintas ketika itu dalam fikiran saya, Allah sajalah yang tahu. Mesti tenang.. mesti bersedia dengan apa saja kemungkinan.. mesti usaha sehabis baik untuk memastikan pakcik ini hidup sampai ke destinasi. Saya sedar tidak ada tempat pergantungan lain kecuali Allah. Tidak ada sumber pertolongan lain kecuali pertolongan Allah. Dialah yang Maha Berkuasa. Akhirnya atas kehendak Allah, pesakit saya kembali stabil, sakitnya berkurangan dan tekanan darahnya terkawal semula setelah beberapa lama mencuba dan bermacam jenis ubat saya masukkan dan naikkan. Saya lega.

.

Saya rasa anggota pasukan paramedik yang memandu ambulan ini dilatih di gelanggang kereta lumba agaknya. Cekap betul dia mencelah, pusing, mengelak dengan laju. Laluan bas? Lampu isyarat? Jalan sehala? Semua dia langgar. Memandu macam tidak ada undang-undang. Sudah tentu, tidak ada orang marah. Ambulan kan. Saya rasa pelumba-pelumba haram yang asyik kacau polis trafik di luar sana tu, kalau sangat suka cabaran memandu laju di tengah-tengah bandaraya (racing track bosan pulakkan), ayuh jadi pemandu ambulan.

.

Dengan ambulan, perjalanan Dublin-Letterkenny yang biasanya 4 jam jadi 2 jam lebih sahaja. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan pesakit saya akhirnya selamat dikejarkan ke St James’s Hospital, Dublin dan prosedur rescue Coronary Angioplasty dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa hari kemudian, beliau dipindahkan semula ke Letterkenny General Hospital tempat saya bekerja dalam keadaan sihat, dan saya melepaskannya pulang ke rumah petang tadi. Ketika bertemu dengan saya,  dia memekik memberitahu semua orang di sekelilingnya dalam wad itu,
“This young doctor saved my life!”

Oh betapa dia tidak faham..
Maka saya menjawab padanya,
” Mr X, God saved your life. Thank HIM.”

.

Ia satu tarbiyyah yang mantap dari Allah. Konsep tawakal ini.. hanya orang Islam yang memahami. Ia tidak wujud dalam mana-mana agama lain. Selepas kita berusaha sekuat tenaga dan sehabis daya, kita menyerahkan urusan ini bulat-bulat kepada Allah, dengan sepenuh harapan dan keyakinan bahawa Allah akan memberikan apa YANG TERBAIK untuk kita. Kemudian kita tidak bimbang lagi.

“..Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. Jika Allah menolongmu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu. Tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa lagi yang dapat menolongmu sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali-Imran : ayat 159-160)

.

ar-rumaisa
Medical Officer

11 Comments leave one →
  1. madia Ar-Rumaisa permalink
    July 4, 2010 3:46 am

    subhanallah kak sygg…😥
    ma sedih baca entry akk..T_T
    tabahnya dirimu…andai aku spertimu..
    andai yg lain spertimu..pasti islam dpt ditegakkan..
    segala pertolongan hnyalah dari Allah swt..
    tiada yg lain..

    tersebutlah ..
    kisah sebuah tawakal..
    yg harus ada dlm diri setiap insan..

    inshaAllah..akan ma amek pngjrn..
    syukran jazilan kak syg…
    smoga dipertemukan akhir thun ini..🙂

  2. Fatimah A'thirah permalink
    July 4, 2010 8:15 am

    salam kak Hanim..
    menarik sungguh tarbiyah Allah ini..
    TAHNIAH krn berpeluang merasai tarbiyah daripada Allah seperti itu..

  3. July 4, 2010 5:14 pm

    Cerita cerita medicmu memang sentiasa ditunggu dan amat menerujakan …
    Bukan sekadar cerita yang banyak memberi ibrah itu, tapi penekanan kamu terhadap konsep tauhid dan tawakkal yang dapat kamu terapkan dalam diri dan mengugah setiap jiwa yang membacanya ….

    Semuga kamu sentiasa berada dalam redhaNya …

    jazakallah jaza’

  4. July 4, 2010 6:36 pm

    salam buat kak hanim yang dirindui sangat2!
    maaf untuk haritu kerana tidak dapat bersama.
    sungguh, sangat dahagakannya.
    lagi2 pula, sudah berjauh jarak dari yang lain.

    akak, saya nak bagi 5 bintang untuk entry ni.
    sungguh, tawakal itu sebenarnya sangat indah dan menenangkan.
    Tenang dan mendamaikan jiwa2 yg keluh kesah, jika dihayati pasti terkesan di hati.

  5. fathiyyah permalink
    July 5, 2010 9:45 am

    betapa suatu hari nanti, fathy harap dpt merasai pengalaman mcm ni.

    kepada Allah, kami bertawakkal!🙂

  6. azlin permalink
    July 5, 2010 10:44 am

    =)

  7. emhoho permalink
    July 10, 2010 12:21 pm

    mahu memaknakan tawakkal jugak!

  8. sHaFiKa (M) permalink
    July 14, 2010 8:03 am

    assalamualaikum
    sumber inspirasi…doktor musleh, mukmin wa muslim =)

  9. mankuchai permalink
    July 15, 2010 4:08 pm

    Salam,

    Entri yang menarik…di sana ada pelumba haram? Tak dapat nak bayangkan betapa gembiranya kita apabila satu nyawa dapat diselamatkan. Pertolongan dari Alllah untuk anda.

  10. kaisya permalink
    July 17, 2010 12:28 pm

    best!!! t ade lagi cte r…. hehee….
    sgt tabah…!!!!!!

  11. adilah permalink
    July 23, 2010 3:53 am

    salam k hanim! an inspiring story indeed~~ moga saya pun dapat hayati ibrah yang sama walau xrasa first-hand. rindu sisters Ireland amat teramat!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: