Skip to content

syabab

July 26, 2010

9.00 pagi. Saya mengetuk dan membuka pintu biliknya. “Morning!”
Dia tidak pandang pun saya. Matanya tidak berkedip langsung, begitu fokus, tertumpu pada skrin tv. Tiba-tiba dia sengetkan badan habis-habis, dan jari-jemarinya sangat aktif menekan remote control dengan kelajuan 3-4 kali sesaat. Alahai.. dia tengah main game ke pagi-pagi ni? Mentang-mentang sudah sihat sikit. Saya perlu check dia ni.. mesti dia tak suka kalau saya suruh Pause.

.

Itulah kawan baru saya. TS namanya. 23 tahun. Dia pesakit saya, sudah sebulan duduk di hospital. Tapi saya baru kenal dia 3 minggu, sebab saya baru masuk ke bidang ini; Haematology (darah) semenjak 1 Julai lalu. Pada hari pertama saya melangkah ke wad tersebut, saya telah diperkenalkan dengan namanya dan kesnya, diceritakan oleh doktor senior serta jururawat, bahawa dia termasuk antara pesakit paling tenat di situ dan saya harus membuat pemerhatian yang rapi kepada keadaannya.

.

Diagnosisnya ialah Leukaemia. Wajahnya pucat kerana kurang sel darah merah. Ada kesan lebam-lebam sedikit di sana-sini kerana dia mudah berdarah, kesan dari kekurangan platlet. Dia juga hampir tidak ada langsung sel darah putih, maka badannya tidak akan dapat melawan jangkitan kuman. Kalau terkena selsema pun boleh membawa maut. Justeru, dia ditempatkan dalam bilik persendirian, sesiapa yang ingin masuk mesti pakai apron dan sarung tangan untuk menjamin kebersihan. Kepalanya botak selepas menerima chemotherapy. Jasadnya dipenuhi wayar itu ini disambung ke monitor, darahnya mesti diperiksa setiap hari, suhu dan tekanan darahnya akan diambil setiap 2 jam. 2 jenis antibiotik diberikan kepadanya sebanyak 4 kali sehari. Kenapa kawalan rapi sampai begitu? Kerana kesihatannya berpotensi untuk menjadi teruk secara tiba-tiba, pada bila-bila masa.

.

Dan dia?

Saya rasa dia memang sangat berbeza dengan pesakit saya yang lain dalam wad itu.
Sebab dia orang muda. Dia tidak fikir banyak. Dia tak peduli sangat.

Perangainya perangai orang muda. Semangatnya semangat orang muda. Impiannya impian orang muda. Suka buat lawak entah apa-apa. Dan dia asyik-asyik tanya saya,
“so doc, when can i go home?”

He is just a normal guy, i suppose. Pagi-pagi semasa saya menemuinya dalam ward round, saya akan mendapatinya samada sedang tidur (atau sedang geram dengan jururawat yang mengejutkannya), atau sedang makan coklat, sedang main game sampai senget-sengetkan badan, sedang layan facebook on the laptop, sedang tengok movie, sedang bergayut telefon dll benda-benda hiburan yang memang menjadi lumrah majoriti orang muda.

.

But in reality, he is very sick. Pancytopenic. Dia demam pada setiap malam, namun kesemua doktor dalam pasukan saya tidak dapat mencari dari mana sumber jangkitan kuman itu. Setiap kali dia demam, dia akan macam tidak puas hati dengan diri sendiri, seolah itu salahnya.
“Damn! This is all a nightmare! I just can’t wait for it to be over.”

.

Nightmare awaiting to be over? Saya tidak pasti sejauh mana dia mengerti situasi dirinya. Dia menghidap Leukaemia, bukan seperti Appendicitis. If it’s Appendicitis, you come in with severe abdominal pain, the surgeons will cut you open, take the appendix out, sew you back together and then you’re fixed! You can go home within 3 days. Straight forward. Simple. But this ain’t Appendicitis. This is Leukaemia. If he wants to call it a Nightmare, it is a very long one indeed.

.

Akhirnya apa yang ditakuti terjadi juga. Jam 2 pagi semasa giliran saya bertugas shift malam, tiba-tiba keadaannya menjadi teruk, dia demam panas suhu mencecah 39 degree, tubuhnya menggigil-gigil, dia berpeluh-peluh dan tekanan darahnya sangat rendah, 75/40. (to my medical fellas : it’s Septic Shock). Dia kelihatan separuh sedar sahaja. He is in trouble. So am I, as the doctor oncall. I had to call my Specialist Registrar for help that night.

.

Alhamdulillah, today he is still alive, but of course, he is not well. Saya bersimpati dengannya. Orang muda yang terperangkap di hospital. Namun, saya tahu dia tidak suka dikasihani. Dia memang selalu ego. Otaknya asyik fikir nak keluar hospital aje. Banyak benda dia cakap nak buat dalam hidup.

Itulah dia, kobaran semangat,optimisme dan tekad orang muda. Sesuatu yang tidak ada pada orang tua.
Bagi kita yang punya jasad yang sihat ini, ke mana kita gunakan semuanya?

.

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ” Ada 7 golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindunganNya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja iaitu :-
1. Pemimpin yang adil,
2. pemuda yang hidupnya sentiasa dalam ibadah kepada Allah,

3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid,
4. dua orang yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya,
5. lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dengan berkata ‘sesungguhnya aku takutkan Allah,’
6. seorang yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan
7. seorang yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

[hadith riwayat Muttafaqun Alaih]

.

ar-rumaisa
Haematology Medical Officer

2 Comments leave one →
  1. July 29, 2010 4:37 am

    Assalamualaikum Dr H. Mula-mula sekali Uncle nak ucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al Mubarak 1431H dan selamat menjalani ibadat puasa di perantauan. Uncle pon pernah berpuasa di UK masa musim sejuk satu masa dulu, memang mujahadah. Tapi, lagi bermujahadah, lagi tinggi nilainya disisi Allah.

    Yang keduanya, Uncle sangat bersyukur kerana Dr H dikurniai oleh Allah dengan Taufiq & HidayahNya, untuk menjadi insan Solehah di dalam suasana masyarakat non Muslim. Cetusan rasa, pemikiran dan pemerhatian yang Dr H ungkapkan di blog ni, amat membanggakan kerana walaupun belajar di negeri omputih, Dr H masih mampu mempertahankan your Islamic values. Tahniah dan Uncle harap, lebih ramai lagi bijak pandai Muslim, khusunya dari Malaysia akan ikut contoh Dr H. We want more committed Muslim Doctors, Engineers, Scientists, Administrators yang mampu mengamal dan menyampaikan ajaran Islam secara hikmah wal mauizatil hasanah. Aminnn!!!

  2. Hafiz permalink
    September 16, 2010 5:49 am

    Assalamualaikum. Saya suka entri-entri berkisar ttg alam perubatan sbb sy pun sedang bljr dlm bidang ini. Hrp Dr. rajin-rajinlah cerita pengalaman Dr agar saya dpt bersiap sedia dgn apa yg kurang. Entri Dr juga bukan sj berilmiah, tp sarat dgn tazkirah, sememangnya sy tak berkesempatan sgt untk mengikuti kuliah-kuliah agama, (tapi sy akan cuba), entri Dr sedikit sebyk telah mengingatkan sy supaya mengamalkan prinsip-prinsip islami dlm pekerjaan/pembelajaran seharian. Trimas🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: