Skip to content

menjejaki Puasa bermutu tinggi

August 21, 2010

Lumrahnya, sebuah event yang besar, perasmiannya juga pasti mengkagumkan. Perasmiannya haruslah layak dengan kehebatan majlis/event itu. Apatah lagi event seagung sehebat Ramadhan kan? Justeru, walaupun hari ini 11 Ramadhan, saya sangat suka untuk kongsikan hadith ini, tentang permulaan Ramadhan, cuma sebelum ini saya tidak berkesempatan menulisnya di blog ini. Maafkan saya. So, here goes..

Dari Jabir radiallahu anhu, sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu:
1. Pertama, pada malam pertama Ramadhan, Allah akan melihat kepada hambaNya. Sesiapa yang Allah melihat kepadanya, nescaya dia tidak akan diazab selama-lamanya.
2. Kedua, bau mulut mereka (yang berpuasa) pada petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
3. Ketiga, malaikat akan memohonkan keampunan bagi mereka dari Allah di sepanjang siang dan malam.
4. Keempat, Allah memerintahkan Syurga dengan berfirman kepadanya, ‘Bersiap sedialah dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu, mereka sudah hampir datang untuk beristirehat dari kepayahan kehidupan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu.
5. Kelima,  pada malam terakhir Ramadhan, Allah mengampuni dosa kesemua mereka.”
Mendengar ini, seorang Sahabat telah bertanya, ‘Adakah itu malam Lailatul Qadr?’. Jawab Rasulullah, ‘Bukan. Apakah engkau tidak melihat, bahawa apabila para pekerja selesai dari pekerjaan mereka, maka akan disempurnakan upahnya?’

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

.

Betapa gembiranya isi hadith ini. Hadith ini menyebut dengan spesifik tentang keistimewaan malam pertama bulan Ramadhan, ketika Allah memandang kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak  akan mengazab mereka yang terpilih itu. Saya berharap kita semua telah sama-sama menempuh malam pertama Ramadhan dan 10 hari terawal Ramadhan ini dengan cara yang terbaik. Selalu kita macam ‘terlepas’ malam pertama Ramadhan yang istimewa itu, kita tidak terasa apa-apa, tidak mulakan terawih lagi di rumah (bagi kita yang muslimah), tidak itu dan tidak ini…sebab belum ada mindset, masih sibuk fikir benda lain dan hanya seolah baru tersedar betul-betul kehadiran Ramadhan pada esok harinya bila perlu berpuasa. ‘Tertinggal bas’ dah la kalau macam tu. Malam pertama perasmian Ramadhan yang hebat itu sudah berlalu..

.

Juga disebut dalam hadith di atas, tentang keistimewaan malam terakhir Ramadhan, ketika Allah mengampunkan dosa hamba-hambaNya. Menyangka baginda sedang berbicara tentang malam Lailatul Qadr, seorang sahabat telah bertanya, namun dinafikan oleh Rasulullah saw. Ertinya Rasulullah memang sedang bercerita tentang malam raya. Pengampunan dosa oleh Allah baginda ibaratkan seperti majikan yang membayar gaji pekerja bila cukup bulan. Gaji basic lah. Maka sesiapa yang dapat bertemu dengan Lailatul Qadr, bermakna itu bonus!

.

10 hari Ramadhan sudah dihabiskan. Terasa diri masih lagi mencari-cari puasa yang bermutu tinggi. Setiap malam bila direnung-renung sebelum tidur, ada-ada saja benda yang mencacatkan puasa yang telah dilakukan pada siang hari itu. Geram betul dengan diri sendiri. Belum ada sehari pun yang saya puas hati dengan puasanya. Tidak makan tidak minum – itu mudah saja. Tetapi tuntutan-tuntutan puasa yang selebihnya itu yang susah!

Memetik kata-kata seorang penyair arab:

Jika aku…
Tidak dapat menutup telingaku dari mendengar perkataan yang buruk
Tidak dapat menundukkan mataku dari melihat perkara yang haram
Tidak dapat mengawal lidahku dari berkata dusta
Maka habuanku dari berpuasa hanyalah lapar dan dahaga
Maka sekalipun aku mengaku berpuasa pada suatu hari, namun sebenarnya aku tidak puasa!

.

Puasa perut inshaAllah tidak jadi hal bagi majoriti kita. Yang masalah ialah puasa lidah, puasa perasaan, puasa mata, puasa telinga dll. Namun di atas kesempurnaan kesemua inilah, letaknya nilai dan harga puasa kita. Diterima atau tidak. Bermutu atau tidak.

“Apabila seseorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah ia berkata-kata kotor dan bertengkar. Apabila seseorang mencaci atau memaki kamu, maka katakanlah, ‘Saya sedang berpuasa.’” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

.

Orang yang berpuasa ialah orang yang sedang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dia sedang dididik, sedang menerima latihan intensif daripada Allah.

Orang yang tidak mampu melawan nafsunya sendiri, tidak mungkin mampu melawan musuhnya.

.

Namun, dengan kesucian jiwa, ketulusan dan keimanan sebenar yang telah terbina, tidak hairanlah begitu banyak kemenangan umat Islam terukir dalam sejarah bulan Ramadhan:
– perang Badar (2 Hijriah)
– Fathul Makkah (pembukaan semula kota Makkah oleh Rasulullah saw, 8 Hijriah)
– perang Bala’ Syuhada di Perancis (114 Hijriah)
– perang Ain Jalut di Palestin (658 Hijriah).
Jemputlah baca sendiri ya kisah-kisah kemenangan ini. Jelas bagi kita, bulan Ramadhan ini bulan perjuangan, bulan kekuatan.

.

Sedikit perkongsian mutiara Al-Quran, ayat yang menyentuh hati dari Juzuk 10 hari ini :
“Katakanlah..
‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang beriman bertawakal.”
(Surah At-Tawbah : ayat 51)

(Kempen baca Quran satu juzuk sehari. Nanti kita boleh khatam Quran malam raya ok =) )

.

Hampir setiap hari saya perlu menjawab pertanyaan dari kawan-kawan doktor dan jururawat Irish tentang ibadah puasa umat Islam. Banyak betul soalan mereka.
“Oh poor girl! Can you drink water? ..at least?”
“How long do you have to fast?”
“Do you not feel dizzy? Oh if I were you, I’m gonna die.”

Dan setiap kali, jawapan saya akan sama sahaja..

“When we fast, it is not the same as the patients here who don’t eat & drink because they are waiting to go for surgery. For Muslims, fasting in Ramadhan is all about controlling our desires. When we fast from sunrise to sunset, we can’t eat, we can’t drink, we’re not suppose to get angry, or gossip, or curse, or backbite, or do anything bad. At night time, we gather and do a special prayer, in hope God will be pleased with us. So after 30 days of doing all these, we SHOULD (theoretically?) be a better person. =) “

.

Huhu. Cakap senanglah kan. InshaAllah, teruskan usaha.
Selamat beribadah. Selamat menjejaki puasa bermutu tinggi. Moga Allah menerima amal kita.

.

ar-rumaisa
11 Ramadhan 1431 Hijriah
Galway, Ireland.

 
4 Comments leave one →
  1. August 22, 2010 5:08 am

    Seorang da’i yang ingin menjejak puasa yang qualiti dan pertemuan dgn Lailatulqadr bukanlah sesuatu yang mudah kerana prosesnya bukanlah didalam Ramadhan itu sendiri tapi adalah diluar Ramadhan. Amalan minimum orang awam seperti kita untuk mendapat maqam atau tahap keruhanian yang tinggi untuk menghadapi dakwah dan Ramadhan yang berqualiti adalah
    1. Puasa 4 hari seminggu isnin sampai khamis @ atau isni dan khamis
    2. Ibadah malam 2 jam dengan 3 amalan
    a. Solat tahajjud 10 + witir 3
    b. Tadabbur ( baca quran dgn terjemahan )
    c. zikir tahlil ( lailahaillalah )

    Amalan inilah yang boleh menguasai kehidupan kita sepanjang tahun. Jika tidak kita akan memperkatakan ramadhan perkara yang sama setiap tahun kerana jika ruh kita sakit seumur hidup kita akan sakit hatta dalam menghadapi Ramadhan pun kita kan sakit …

    – muharrikdaie dalam merentas jalan sufi

  2. amalia permalink
    August 22, 2010 5:47 pm

    salam akak,
    mohon kongsi idea untuk dijadikan modal tazkirah..
    shukran…

  3. madia ar-rumaisa permalink
    August 26, 2010 4:13 am

    salam dari tanah Malaysia…
    masyaAllah..Subhanallah…
    penulisan akk sungguh teratur..
    bisa menjentikkan hati ma..seperti biasa..🙂 syukran jazilan ukthi..
    hmm nmpknye to achieve my objective utk khatam quran,
    harus lah ma put a target utk hbiskan 1 juzuk sehari..
    if not, myb x smpt kan…hmm inshaAllah~

  4. nadia permalink
    August 27, 2010 10:11 am

    assalamualaikum..
    I’m a medic student..and still finding the real meaning of my life, my study, weather I can cope with this profession well, and be a good doctor. sy sgt tertarik dgn blog akak. mudah-mudahan satu hari nanti sy dpt jd doc cm akak..hehe..insyaALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: