Skip to content

Tetap Aidilfitri

September 12, 2010

Tahun ini sudah masuk kali ke-7 menyambut Aidilfitri di bumi Ireland.
Perasaan? Gembira. Syukur. Hepi… walaupun di celah-celah keriangan itu, jauh di sudut hati, ada terselit perasaan sedih dan rasa tidak layak untuk mendapat nikmat 1 Syawal, kerana tidak menyempurnakan Ramadhan sebaik-baiknya. Serba sedikit terasa I don’t deserve this. Ia seperti perasaan habis exam, kita tidak akan kisah pun berapa markah kita dapat kalau kita tahu kita memang sudah buat sehabis baik. I have done my best! Maka kita akan puas hati walau apapun hasilnya. Tapi kita akan kecewa dengan diri sendiri kalau kita tahu diri sendiri yang belum cukup usaha kan..

.

Sebulan menempuh Ramadhan mengajar kita mengenali diri sendiri.  It was a month of self-discovery, bulan untuk muhasabah diri, sebab ketika itu, syaitan tidak ada  mengacau kita. You are alone with Allah. Jadi apa perangai kita, rajin atau malasnya kita, suka kita, geram kita, rindu kita… itulah dia diri kita yang sebenar!
Allah, ampuni diriku. Bercucuran airmata di syahdu hening malam 1 Syawal mengenangkannya. Moga dipertemukan dengan Ramadhan lagi. Berjanji lagi dengan diri sendiri, azam dipasang lagi untuk Ramadhan seterusnya.. seperti saban tahun.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Seperti doa para sahabat Nabi pada malam hari raya:
“Allahumma balighna Ramadhan, wa Ramadhan, wa Ramadhan”
Ya Allah, pertemukanlah kami lagi dengan Ramadhan, dan Ramadhan, dan Ramadhan.

.

Suka saya untuk menuliskan di sini maksud takbir raya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Ilah melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan segala puji hanya layak bagi Allah
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang
Tiada Ilah melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia
Kami ikhlas mengikuti Deen
Sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir
Tiada Ilah melainkan Allah Yang Esa
Yang Menepati janjiNya
Yang Menolong hambaNya
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Ilah melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah!

Gema irama takbir raya yang dilaungkan oleh pakcik-pakcik Arab layaknya seperti tentera yang sekejap lagi nak pergi berperang. Memang lain bunyinya. Berbeza suasananya. Ia tidak mendayu seperti takbir raya kita orang Melayu, sebaliknya ia penuh semangat, kegembiraan dan keazaman. Terasa aura kemenangan.

.

Kalau dulu masa 1st year, memang berderailah airmata. Raya di perantauanlah katakan =) Namun Alhamdulillah kini terasa lebih mudah utk menerima hakikat itu dgn redha, malah dalam senang hati & syukur. Memang Aidilfitri di sini banyak bezanya, tapi banyak juga istimewanya! Walau hati rindu pada keluarga, saya yakin besar sekali hikmah yang Allah sediakan di sebalik dugaan hidup berjauhan. Sungguh hidup di perantauan ini banyak mengajar perkara-perkara yang hanya pengalaman mampu menjadi gurunya. Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.

.

Terasa ceteknya pemikiran saya dahulu, 20 tahun membesar di Malaysia dengan fahaman bahawa :
Hari Raya = Jumpa keluarga + balik kampung + ketupat
Bila mula-mula tiba di sini, terpaksa berhari raya tanpa satu pun dari syarat-syarat ini dapat dipenuhi! Memang berderailah airmata. Seolah-olah itulah rukun Hari Raya. Kalau semua ini tak ada, tak sah. Perasaan ini di‘kipas-kipas’ lagi oleh lagu raya Melayu yang terkenal dengan melodi sayu dan lirik sedihnya.

.

Kenapa saya rasa begitu sekali?
Satu pertanyaan yang membawa saya merenung berfikir panjang…
Barangkali pengertian Aidilfitri yang selama ini saya anuti telah menyimpang.

.

Bukankah Aidilfitri sebenarnya hari kemenangan?
Hari merayakan kehebatan Allah
Hari berterima kasih kepadaNya atas kurniaan ketenangan dan kemanisan iman sepanjang Ramadhan
Hari menanam azam
Hari menginsafi keagungan kasih-sayang Allah kpd hamba-hambaNya yg kerdil ini
SubhanAllah…tidakkah terasa semua itu dlm hati?

.

Jadi apalah sangat nilainya rendang & ketupat..?
Di manalah sangat letaknya nilai balik kampung, lagu raya..?
Kerana semua itu benar-benar, amat-amat sampingan saja.
Keluarga – doa kita akan tetap bersama. Moga Allah mengampuni dosa ibu bapa tercinta dan merahmati keduanya.

Biarlah tangisan pada pagi Syawal itu, tanda keinsafan atas nama cinta kepada Allah Taala. Bukan pula sebab yang lain.

.

Di Ireland ini, tanpa semua ‘kosmetik-kosmetik’ yang mengaburi pengertian Hari Raya, membuatkan saya tersedar sendiri…
Aidilfitri itu ibadat, bukan sekadar adat.
Pada pagi 1 Syawal, akhirnya hati yang selalu lalai ini.. akur dengan kebesaran Tuhan dan sujud bersama jasad dalam solat sunat Aidilfitri, di celah-celah ratusan saudara-saudara seiman dari negara lain yang turut merantau ke tanah Ireland ini. Andai pengertian yang sebenarnya mampu disemat selalu dlm hati, maka Aidilfitri akan tetap terasa Aidilfitri, walau di bumi manapun kita berada.. insyaAllah!

.

ar-rumaisa
3 Syawal 1431 Hijriah
Galway, Ireland.

3 Comments leave one →
  1. AmalienZ Rahman. permalink
    September 13, 2010 3:56 am

    “Hari Raya = Jumpa keluarga + balik kampung + ketupat.
    Seolah-olah itulah rukun Hari Raya.”

    __________________________

    K.HANIM…
    your post always give me something! =)
    TQ, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRII… MAAF ZAHIR BATIN dari Kelantan, ^_^

  2. September 13, 2010 9:51 am

    Taqabbalhu minn waminkum ya ukhti …

    Rasul bersabda ” Org berpuasa ada 2 kegembiraan.
    1) Waktu berbuka yakni berhari Raya
    2) Waktu melihat wajah Allah.

    Mungkin yang pertama semua org merasainya tapi ….
    yg kedua sukar untuk kita gambarkan …

    Wajah Allah lah matlamat puasa seorang da’i
    Wajah Allahlah matlamat kehidupan seorang da’i …

    ….kerana wajah Allah lah kita bersusah payah dijalan ini!

    Teruskan perjuangan …harumkanlah wangian iman dijalan dakwah ini agar kita senantiasa dekat dengan Allah insyaalah.

  3. madia permalink
    September 23, 2010 2:26 am

    salam..
    oh kak..tringin dgr org arab bertakbir.. akak.. upload la~🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: