Skip to content

selasa dan rabu

March 23, 2011

Setibanya saya di hospital pada pagi Rabu, 9 Mac 2011, saya melihat kesemua dahi generasi tua Irish, baik pesakit, doktor mahupun jururawat, bertanda hitam berbentuk salib. Dahi orang muda? Sebahagiannya sahaja yang bertanda salib. Hampir 8 tahun bermastautin di bumi Ireland, saya sudah tahu, hari ini dinamakan sebagai hari Ash Wednesday, menandakan bermulanya 40 hari ‘puasa’ bagi umat Kristian Katholik di sini. Musim ‘puasa’ ini dinamakan Lent. Dahi mereka ditandakan dengan abu, yang dibasahkan dengan sedikit minyak oleh paderi Kristian yang datang menziarahi setiap wad di hospital. Abu hitam ini menandakan keinsafan dan memperingati ‘kematian’ dan kebangkitan Nabi Isa. Kenapa generasi tua Irish sahaja yang sibuk menanda dahinya? Jawapan biasa; kerana generasi mudanya sudah tidak peduli hendak beragama. (Uhuks! Tersedak kejap. Lebih kurang ajer ceritanyer nih..)

.

Sehari sebelum Ash Wednesday, ialah hari yang dipanggil Pancake Tuesday. Saya seronok juga dengan hari Pancake Tuesday ni, sebab semua kedai/cafe/restoran akan jual lempeng (yum!) , yang mengikut tradisi orang Irish, harus dimakan dengan pelbagai benda yang sangat manis, seperti maple syrup, ice cream, cream, chocolate spread, blueberry jam etc. Kononnya hari ini adalah hari terakhir untuk makan benda nakal-nakal, manis-manis dan ‘mengosongkan’ peti sejuk dari makanan-makanan seperti itu. Namun di sesetengah negara barat seperti Brazil dan Itali, hari Selasa sebelum Ash Wednesday ini dirayakan dengan berseronok lebih dahsyat lagi, iaitu dengan pesta dansa tari-menari dan karnival besar-besaran, sebelum memulakan Lent !

.

Namun, Lent mereka berbeza dengan puasa kita orang Islam. Walaupun tujuan ber’puasa’nya ada sedikit persamaan dengan kita, iaitu untuk menahan diri (controlling your desire), rata-rata kawan-kawan Irish menyatakan mereka boleh memilih satu benda yang hendak mereka ‘puasa’kan, apa yang mereka hendak tinggalkan selama 40 hari – contohnya ada yang memilih untuk puasa coklat, atau puasa air berkarbonat, atau puasa gula-gula dan macam-macam lagi. Tersenyum saya dibuatnya. Bahkan, untuk ‘puasa’ atau pun tidak, terpulanglah. “It’s optional,” kata houseman saya, Dr Ciara Hennessy. Ciara memilih untuk puasa dari minum air berkarbonat, manakala kawan saya seorang lagi, Anna McIntyre akan berpuasa dari coklat, dan mereka berdua tidak tandakan dahi. Kerajaan Ireland pula telah menggunakan peluang ini untuk mengisytiharkan Ash Wednesday sebagai National No Smoking Day di Ireland dalam usahanya membasmi rokok.

.

Dengan sesedap rasa, saya pun mencadangkan pada Ciara, “apa kata awak puasa dari benda yang bukan makanan? puasa makanan senang. air gas je pun tak minum. Urm…. 40 days of NO GOSSIPPING! How’s that?” *wink*
Ciara : Hahaa. Crazy. Nooo. I’m gonna fail miserably!!

.

Sepintas, terus saya muhasabah diri dan muhasabah puasa saya, puasa kita orang Islam selama ini. Betulkah berbeza dengan Lent mereka? Betulkah kita tidak sekadar hanya berpuasa makanan? Kalau saya yang berniat puasa dari gossip selama 40 hari seperti yang saya cadangkan pada Ciara,akan berjayakah saya? Namun, bukankah menjaga akhlak dan menjaga diri dari mengatakan perkara yang sia-sia itu bukan sekadar semasa berpuasa? Bahkan ia harusnya dititikberatkan oleh seorang muslim pada setiap hari, setiap saat dalam kehidupannya.

.

Saya juga terkesan melihat apa yang pada pandangan saya, sebagai ‘cair’nya agama Kristian yang diamalkan di sini. Saya tidak merujuk kepada kitab mereka tentang apa yang sebenarnya diperkatakan tentang Lent. Ini sekadar ulasan berdasarkan pemerhatian saya, seorang dagang, terhadap amalan dan budaya masyarakat Irish. Lentnya seolah menjadi tradisi generasi tua sahaja, tidak begitu dipedulikan oleh orang muda. Tambahan pula, amalan ‘puasa’ mereka itu adalah mengikut pilihan dan citarasa masing-masing. Di sebahagian negara, didahulukan pula hari-hari sebelum musim Lent ini dengan karnival dan dansa.

.

Apabila agama itu mengikut selera manusia…
Tidak dapat tidak, saya mereflek pula kaum saya, masyarakat saya, negara saya.
Mungkin ada ibadat yang semakin nampak seperti adat.

Sesungguhnya ibadah itu tujuannya adalah sebagai manifestasi iman kepada Allah Subhanahu wa Taala, satu pembuktian ketaatan, sepertimana firman Allah:

“Daging dan darah korban itu tidaklah sampai kepada Allah, tetapi KETAQWAANmu lah  yang sampai. Demikianlah Allah menundukkan binatang-binatang itu bagimu, SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH, di atas hidayahNya kepadamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Hajj : ayat 37)

Ibadah harusnya menimbulkan perasaan ubudiyah, kesedaran bahawa ‘aku ini hamba’, dan kesemua hukum serta sistem-sistem Islam berdiri di atas hakikat ini. Apabila perasaan kehambaan ini wujud, maka datanglah apa jua hukum pun, pasti akan ditaati dengan rela. Itu sikap generasi Al-Quran; generasi para sahabat Nabi yang laksana askar yang bersedia menunggu arahan daripada panglima, ketika mendengarkan wahyu ayat Al-Quran diajarkan kepada mereka. Dan kebahagiaan jiwa mereka terletak pada sejauh mana mereka berjaya menunaikan perintah Allah itu. Jika amal ibadah itu sunyi dari elemen ubudiyah, maka jadilah ia seperti rutin, kaku dan beku..

“Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan kami sendiri.”

.

ar-rumaisa
Galway, Ireland

3 Comments leave one →
  1. March 23, 2011 6:22 pm

    salam akak..
    pekabar??
    menarik jugak puasa mereka nie…kalau kat sini diorang puasa extreme sekit…esp ortodoks.
    hum…minum air n bread je..huhu..
    (rindu akak)

  2. March 23, 2011 11:59 pm

    Assalamualaikum k hanim….lame tak bace entri kat sini….jadi rindu…..dtglah mesir lagi ye…
    semoga bahagia2 selalu (hidup sudah berdua)

    anyway, jzkk memperkenalkan budaya org asing sekaligus membuka minda saya….

  3. nine permalink
    April 16, 2011 2:36 am

    Menarik pekongsian ni. Terjentik iman saya….terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: