Skip to content

Alergiklah usrah-usrah ni

April 18, 2011

–Serius alergik! (Garu garu..)
Ok,jangan salah faham.Saya takdelah benci,tapi rasa macam diri baik sangat kalau join usrah ni.Berkumpul dengar kakak ke kawan sebaya ke bagi taklim,rasa macam skema sangat lah.Dengar ceramah 3 bulan sekali kira oklah. Saya jaga semayang lagi, baca Yasin setiap minggu.Oklah kan.

–Takde,saye tak bersedia lagi lah.Muda lagila nak belajar Quran2 ni.Next time yer.

–Dah pernah try join sekali,kakak usrah tak best lah.Bosan..

–Euwww.Usrah? (Nausea and vomiting..)

–Teruk sangat ke tak pergi usrah?Orang pergi usrah takde la baik sangat aku tengok.

–Mana nak cari orang bagi usrah (yang best) ?

 

1-Skeptik? Mari recall ape kebendenye usrah tu dan apa yang bagus sangat untuk dijadikan isu di sini.

 

‘Usrah’ bermaksud keluarga dalam bahasa Arab.Bapa sebagai pendidik dan role model kepada anak-anak yang merangkumi aspek fikriah,jiwa dan rohani.Tanggungjawab ini dibantu oleh si ibu.Ironinya, kebanyakan keluarga kita tidak berfungsi sebagai unit asas pembentukan muslim sejati itu.Maka istilah ‘usrah’ diambil dan diaplikasikan sebagai unit penggerak untuk mendidik dan membina individu muslim. Istilah ini dimulakan oleh Imam Hassan Al Bana bermula sekitar 1920-an dan 1930-an. Ketika itu baru sahaja tamat pemerintahan Khalifah Islam yang terakhir.Negara-negara Islam di Timur Tengah yang asalnya di bawah satu pemerintahan dipecah-pecahkan dan diserapkan dengan ideologi nasionalsima.(Rujuk Revolusi Arab)

 

Umat Islam seluruh dunia hilang pemimpin, ibarat anak ayam hilang ibunya,tidak tahu/ lupa/ buat-buat tidak tahu sejarah kehebatan Islam dan perlahan-lahan meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.Sistem pendidikan mereka tidak lagi menekankan malah melupakan langsung konsep asas belajar,memahami dan mengamalkan Al-Quran. Jika ada,pendidikan agama diletakkan sebagai subjek sampingan padahal Ad-Din itu sebenarnya bermaksud cara hidup bukan sekadar bermaksud agama seperti yang kita fahami.Bukan sekali sekala tapi berkala-kala hidup bercampur aduk dengan pengaruh jahiliyah.

 

Intipati asas seperti apa tujuan hidup manusia, Islam sebagai cara hidup,tanggungjawab mengajak orang lain ke arah kebaikan dan makna sebenar shahadah menjadi satu benda yang sangat asing dalam kebanyakan (ke semua?) diri Muslim sekarang.

 

Usrah berperanan sebagai satu platform untuk orang berkumpul,belajar dan berdiskusi tentang ilmu Quran dan Sunnah.Bukan sekadar berfungsi sebagai unit kelangsungan ilmu, malah alat mendekatkan diri kepada Allah dan sistem pembentukan roh Islam dalam jiwa individu secara berterusan. Konsep usrah diambil daripada konsep dakwah secara sembunyi oleh Rasulullah pada 3 tahun pertama kenabian yang ketika itu mendapat tentangan kencang daripada orang Kafir Quraisy.

 

2. Apa yang bagus sangat sistem usrah ni?

 

Kita mengakui diri kita Muslim dan tahu (atau dulu selalu dengar) Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita. Tetapi memandangkan sistem pendidikan national kita tidak menerapkan dua perkara ini sebagai asas pembinaan individu Muslim,maka lahirlah generasi (iaitu kita) yang memandang keperluan memahami Al-Quran dan Sunnah hanya sekadar sebagai part time job dalam hidup kita seharian.

 

Mungkin ada juga yang menganggap bukan kerja dia tapi kerja orang-orang belajar bidang agama saja.Maka usrah adalah satu idea genius untuk tune in balik mindset kita,supaya dua komponen ini menjadi full time job,seiringan dengan apa sahaja yang kita buat dalam hidup.

 

Meh saya bagi analogi.

Dulu pergi sekolah kan? Dari tadika,sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Hari-hari pergi sekolah ,cikgu ajar kat depan kelas.Misal kata subjek Sains,cikgu akan terangkan satu persatu proses fotosintesis ke,maksud simbiosis ke,perkumuhan ke,siap bagi contoh kan.Dia akan tanya sesiapa yang tak faham. Then,bagi nota.Latihan. Kuiz.Praktikal dalam lab.Etc. Semua tu untuk bagi kita (enjoy dan) faham betul-betul sesuatu topik tu.

 

Teringat pulak semasa belajar sastera dalam kelas BM sekolah menengah. Sastera,tahu-tahu je la bahasa yang bukan yang kita guna sehari-hari.Bila cikgu terangkan maksud ayat,lenggok bahasa,lepas tu mungkin suruh pulak kita lakonkan,baru la kita faham cerita dan mesej yang nak disampaikan (kalau kita tidak tidur atau main-main dalam kelas BM lah).

 

Kita tinjau balik semasa universiti pula. Kebiasaannya kita belajar dalam lectue hall ramai-ramai.Biasanya budaya Malaysia bukan jenis tanya-tanya dalam lecture.So yang semangat sikit akan jumpa dan tanya lecturer tu secara individu.Lepas tu ade pulak kelas tutorial dalam kumpulan kecil kan.

Semua proses pembelajaran kita dengan ilmu dunia sebelum ni melibatkan direct communication dengan cikgu-cikgu kita kan?

 Begitu juga dalam soal memahami maksud Al-Quran. Kita akan mudah faham dan menghayati maksud jika ada orang yang boleh mengajar atau berkongsi direct dengan kita. Soal-jawab atau two-way communication adalah ‘niche’ untuk mempelajari sesuatu secara efektif.Dan ia perlu secara berterusan.

 

3.Macam mana sistem usrah yang berkesan?

 

InsyaAllah sistem usrah yang berkesan adalah yang diketuai oleh seorang naqib/naqibah yang pernah menjalani suasana pendidikan yang sama sebelum itu. Biasanya mereka telah bersedia dengan objektif dan sumber ilmu yang bersistem untuk mengajar kita dan mendidik kita.Kebanyakan naqib/naqibah memahami tugas dakwah untuk menyebarkan ilmu Islam dan mengajak orang lain untuk mengingati Allah. Jadi mereka memang golongan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membimbing kita.Suasana usrah itu juga menjadikan kita lebih bermotivasi dan mempunyai persekitaran yang akan memasukkan akhlak,jiwa,motivasi,ajaran dan prinsip Quran sedikit demi sedikit dalam amalan seharian kita.

 

“Ya Tuhan kami,utuslah di tengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri ,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu,dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka,dan menyucikan mereka…” (Al-baqarah: ayat 129)

 

“Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang rasul dari kalangan kamu yang  membacakan  ayat-ayat Kami,menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab(Quran) dan Hikmah (Sunnah),serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui’.(Al-baqarah : ayat 151)

 

Dinyatakan dalam al-Quran ,tarbiyah yang ditugaskan pada para rasul dalam mengajak manusia ke jalan Allah itu mempunyai 3 komponen.Bukan sekadar dibacakan , malah diajarkan melalui contoh,analogi,nasihat,etc agar faham dan hati disucikan melalui amalan-amalan sunat eg:solat sunat,baca Al-Quran,etc yang perlu sentiasa dimotivasikan agar hati kita terbuka supaya Quran benar-benar mengiringi perjalanan hidup kita.Baru sempurna sistem tarbiyah itu dan lebih berkesan dalam mencapai matlamatnya. Untuk mengajak manusia hidup bermatlamatkan redha Allah.

 

A:Membacakan
B:Mengajarkan (Agar faham)
C:Menyucikan (Hati)

Contoh konsep tarbiyah ini lagi ada dalam Al-Quran 3:164 dan 62:2.

 Manusia memang diciptakan fitrahnya mudah alpa ,iman turun naik macam ombak.Untuk mendidik jiwa kita, perlukan sistem cikgu face-to-face barulah berkesan. Nak belajar ilmu dunia pun perlukan sistem,inikan soal mendidik jiwa yang cepat kering balik diayun buaian dunia. Oleh kerana sekolah kita dahulu tidak menyediakan suasana pembelajaran Quran secara bersistem,maka kita perlu ambil inisiatif sendiri untuk bekalan kita ke akhirat.Sentiasa top up bekalan agar iman kita sentiasa dalam lingkungan yang menjamin keredhaan Allah.

A=Iman
.

Atas asuhan usrah yang molek,pemahaman dan persepsi anda tentang tanggungjawab kita sebagai seorang MUslim sebenar akan berubah daripada ini

Kucing tak menampakkn kecomelan.

kepada ini.

lagi jelas kan kucing ni comel.

Nampak jelas kan comelnye kucing tu,mata kat mana,hidung kat mana,ada pulak loceng di leher,duduk atas buku (ade ke patut).Details of the picture lebih jelas.Moga matlamat hidup kita lebih jelas selepas ini.

 

4. Mana nak cari orang yang nak bagi usrah?

 

Soalannya ibarat macam mana nak cari kulit kerang warna putih melepak dekat tepi pantai. Sesetengah pantai ada banyak kulit kerang putih melepak tu. Kena usaha cari pantai yang mana satu. Pangkor mungkin? Kalau kat Port Klang mungkin ada tapi susah sikitlah. So tanya la individu yang berpotensi untuk ada contact dengan orang yang boleh bagi usrah atau dia sendiri boleh berkongsi usrah dengan kita.

 

5. Dua hadith yang biasa didengari tentang hikmah majlis ‘mari duduk beriman sejenak’ ini.

  1.Hadith Qudsi riwayat Imam Bukhari dan Muslim: Rasululllah saw bersabda: 

 Allah berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hambaKu kepada Ku, dan Aku bersamanya jika ia ingat (dzikir) akan Ku, jika ia mengingati Aku sendirian, Aku akan ingat akan dia sendirian, jika ia mengingati Aku dalam kumpulan maka Aku akan ingat padanya dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.

 

2. Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah seterusnya sabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya Malaikat-malaikat mencari ahli zikir, jika mereka bertemu sekumpulan  yang  berzikir  mengingati Allah mereka akan mengajak yang lain ikut bersama dan mengembangkan sayap mereka ke langit, dan apabila mereka, ahli berzikir bersurai, semua malaikat naik ke langit dan Allah bertanya (dan Dia lebih mengetahui akan hal mereka): Dari mana datangnya kamu?

Malaikat menjawab:kami datang dari sekumpulan hamba2Mu di bumi yang bertasbih, bertakbir dan bertahlil. Allah berfirman: Adakah mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Tidak. Allah berfirman: Jikalau mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Akan lebih bersungguh2 pujian dan tasbih mereka….

 Maka Allah berfirman: Saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampuni mereka. Berkata seorang Malaikat: Si Fulan bukan dari kalangan mereka dia hanya datang untuk sesuatu hajat. Allah berfirman: Mereka kaum yang tidak merugikan teman mereka.

 

Sweet kan?

 

Masih alergik dengan usrah mungkin disebabkan pengalaman pahit masa lampau? Life moves on,so bukalah page baru.

Rugilah kita kalau berfikir begitu sampai ke tua.

Okla,kalau alergik jugak joinla dengan nama circle of study ke, halaqah ke, liqa’ ke,sistem yang sama tapi nama je lain.Yang penting inisiatif untuk belajar Quran dan memasukkan sedikit demi sedikit intipati Al-Quran dalam hati dan amalan seharian kita.=)

 

Kepada yang telah sedia join mana-mana sistem penggerak Islam ni,mari kita teruskan legasi ini sehingga ke akhir hayat kita.Insyaallah.Yosh!

7 Comments leave one →
  1. April 19, 2011 4:14 am

    bagi aku, walaupun memang masyarakat perlukan agama tu tade hal, yang kadang kadang feel naqibah sebagai murabbi tu yang tak sampai,
    sebab tu rasa tak ada bond yang best nak pergi usrah.
    Usrah yang tak ada rasa macam usrah lah jadinya. Ironik.
    Ps : banyak lagi ilmu lompang.

  2. April 19, 2011 5:49 am

    Salam.blh share x?

  3. syida azhar permalink
    April 21, 2011 2:35 am

    kak hanim..nk share post ni dgn adik2..bley?jzkk..rindu kak hanim n ireland (^_^)

  4. nur mardhati abyan permalink
    April 23, 2011 2:40 pm

    salam. kak hanim, honestly, dhati takut nak pegi usrah. sbb dulu, setiap kali dhati pegi usrah, tak penah pun cerita2 pasal al-quran ke, belajar berzikir ke. all they did to me was tazkirah in which they done it in a very bad way. tengking-tengking, mencarut-carut. everytime pegi usrah, balik mesti menangis sbb takut dgn naqibah. bukan sbb insaf. dhati sekadar berkongsi pengalaman pahit. dhati hope, one day dhati dpt pegi usrah yg sebenar :’)

    • April 26, 2011 12:29 pm

      salaam, kasihannya dhati. jgn putus-asa, dhati dear. Teruskan mencari petunjuk & bimbingan Allah di mana saja. Tak jupe di usrah sini, cari di usrah sana. Tak jumpa di majlis sini, cari di majlis sana. Tak jumpa di Malaysia, cari di mana saja di serata dunia. Sahutlah setiap seruan keimanan yang tiba ke pintumu…
      “Barang siapa yang bersungguh2 mencari keredhaan Kami, benar-benar akan DITUNJUKKAN kepadanya jalan-jalan Kami.” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)
      ~ takkan ada orang yang mencari & tak jumpa..
      luv from eire, kak hanim.

    • April 28, 2011 6:30 am

      nur mardhati abyan – Terus terang ana katakan, jika itulah karakter naqibah anti, rasnya dia mengalami sindrom sakit jiwa. Maka, anti kena jauhinya! Kerana diantara karakter naqibah adalah ” problem solver’ bukan ‘ problem speaker’ ataupun ‘ problem maker’. Carilah jamaah yang benar benar dapat memberikan sentuhan tarbiyah yang dapat membina anti menjadi muslim mukmin serta daiyah yang didambakan oleh deen ini! Insyaallah berdoalah!

  5. lisya permalink
    May 3, 2011 1:45 am

    assalamualaikum kak, nak minta izin share post ni, boleh ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: