Skip to content

kebas!

May 1, 2011

Ada satu cerita. Selalu terjadi. Selalu sangat. Sampai tak larat nak cakap. Maka, kita senyum sajalah ya.

.

Cerita selalu bermula pagi-pagi…
Tersebutlah kisah sepasukan doktor sedang buat ward round di hospital, diketuai oleh seorang doktor pakar, diikuti dari belakang oleh segerombolan medical students. Dari katil ke katil, wad ke wad, menemui pesakit-pesakit yang menanti-nanti untuk mengadu, berbincang dan mendengar keputusan-keputusan ujian kesihatan. Jururawat pun berdiri sama, melaporkan dan mendengar arahan-arahan yang dikeluarkan. Doktor-doktor muda sibuk membentangkan hasil-hasil ujian kesihatan, bertanya dan mengutarakan pandangan sambil menulis merekodkan hasil perbincangan. As usual, it was a busy morning, so much was happening at the same time at the bed side.

.

Benda paling tak disukai, paling geram, paling payah kalau terjadi pagi-pagi itu ialah…. hilang pen!

Jalan sana jalan sini, kadang-kadang tertinggal atas meja, atas katil pesakit, atau atas rak. Yang hebatnya, ada pula manusia-manusia yang tukang kebas. Tertinggal tak sampai satu minit, inshaAllah kalau datang semula, sudah tiada! Lagi-lagi kalau pen yang seronok sikit. Lebih menyusahkan, jika pen itu dipinjam ‘sekejap’ oleh doktor pakar, atau rakan-rakan sejawatan. Namun, bila habis menulis, masuk poket sendiri sampai sudah. Mungkin terlupa – itu pen pinjam. Wallahu’alam. Nak minta pulangkan, kita yang terasa segan, sebab ia benda kecil dan murah. Maka, senyum selalu ~ halalkan dan niatkan sedekah.

.

Fenomena yang tidak asing lagi. Apa pandangan kawan-kawan?

Kenapa saya menulis topik ini? Besarkah isu ini? Pen itu hanyalah satu contoh dari jutaan contoh yang bisa saya kemukakan. Ini bukan tentang sebatang pen. Sebenarnya ia refleksi soal jujur dan soal amanah. Kecilkah itu?

Tanpa segan silu sebahagian muslim menggunakan talian telefon pejabat untuk tujuan peribadi.
Kebas pen kawan? Biasalah kan. Ada juga yang langsung tidak minta izin.
‘Pinjam’ selipar masa kenduri? Jangan ceritalah.
Kita juga belum bicara soal mencuri masa/curi line internet jiran… dot.dot.dot.
Ayuh tambah senarai.

.

Pada tahun 2011 era moden dan mewah (bagi kebanyakan kita) ini, masih adakah erti jujur & amanah bagi seorang muslim? Mampukah kita pejam mata kepada kemungkinan bahawa isu ini juga terkesan bukan sahaja dalam hal-hal ‘kecil’ seperti pen, selipar dan talian telefon, bahkan juga kepada perkara-perkara yang lebih besar dan signifikan dalam masyarakat? Reality speaks.

.

Seorang muslim yang jujur dan amanah kepada Allah adalah orang yang mengamalkan islam pada setiap sisinya, mengawasi dari setiap penjurunya, memperjuangkan dengan segenap jiwa raganya. Jangan salah sangka, saya menyanjungi dan mengasihi sahabat-sahabat yang senantiasa berlapang dada, murah dengan senyuman yang ikhlas, tidak berkira dengan hartanya bila digunapakai orang lain, muslim dermawan yang bersedekah sekencang angin yang bertiup. Namun saya juga mengimpikan untuk dikelilingi saudara-saudara seiman yang jujur dan amanah dalam urusan-urusan harian hidupnya dan dalam mas’uliyyah (tanggungjawab) yang diserahkan kepadanya.

.

Izinkan saya membawakan kisah seorang wanita solehah di zaman Imam Ahmad bin Hanbal, bernama Mukha. Mukha ialah seorang gadis miskin yang mengambil upah menjahit baju untuk mencari rezeki. Suatu malam, lilin yang sedang beliau gunakan untuk menerangi ketika menjahit baju telah terpadam. Seketika itu juga, dari jendelanya yang terbuka, dia melihat rombongan diraja sedang berjalan dan unta-unta kafilah itu bergemerlapan dengan cahaya. Selama beberapa saat, bilik Mukha mendapat cahaya dari mereka dan dia sempat memasukkan benangnya ke dalam jarum untuk meneruskan jahitan. Malangnya, kemudian Mukha merasa sangat bersalah kerana telah mengambil manfaat tanpa izin dari cahaya kafilah itu, hingga akhirnya Mukha telah pergi bertemu Imam Ahmad semata-mata untuk bertanya… halalkah pendapatan dari baju yang dijahitnya itu??? MasyaAllah! Begitu sensitiviti imannya! Imam Ahmad merasa kagum dengan soalan Mukha, dan telah berkata, “Aku tidak dapat menandingi Mukha’.

.

Saya juga yakin ramai yang pernah mendengar kisah kejujuran gadis pemerah susu di zaman khalifah Umar, kisah lilin baitulmal dan Umar Abd Aziz serta banyak lagi kisah-kisah salafussoleh yang kita harus renungkan dan jadikan pedoman. Sudah pasti, kita tidak setanding mereka. Tetapi, apakah yang kita fikirkan apabila membaca kisah-kisah ini?

.

Yang ingin saya tekankan di sini adalah bagaimana iman mewarnai hidup mereka, sebagai sumber energi untuk mereka melaksanakan kebaikan, serta menjadikan jiwa mereka sensitif hatta dalam hal yang diremehkan manusia lain. Barangkali apa yang kecil di mata manusia, tidak kecil di sisi Allah Taala. Secerah matahari, iman mereka telah memanfaatkan dunia dan seisinya, dengan kewujudan individu-individu yang memahami erti jujur dan amanah.

.

Terasa masyarakat hari ini ketandusan contoh, kering-kontang dari nilai dan pedoman, hinggakan semuanya didorong oleh rasa hati dan logik akal sahaja. Dari akar umbi seperti hal pen dan selipar, kepada hal kemasyarakatan melibatkan rasuah dan songlap. Top-bottom and bottom-up.

Sedangkan Islam dan sumber-sumbernya bagaikan mata air yang tiada pernah berhenti mengalir – memberi minum mereka yang dahaga, penawar segala penyakit … bagi setiap yang sudi untuk pergi kepadanya.

.

Jadilah muslim yang jujur dan amanah kepada Allah.
Tegakkan islam dalam diri, barulah islam akan tertegak dalam negara.

.

ar-rumaisa
Galway

4 Comments leave one →
  1. May 1, 2011 1:40 pm

    Assalamualaikum akak. Wah, entri yang sangat berkesan meskipun hanya contoh kecil yang akak beri. Sangat-sangat tersentuh.

    Memang beginilah manusia, kadang kala benda-benda kecil dilupakan, dan hanya dianggap remeh. Perkara yang sudah sedia besar isunya, diperkembangkan sehingga kadang-kadang tiada solusinya.

    Namun, bolehkah saya membuat konklusi bahawa dakwah dan tarbiyyah mengajar yang lain. Sekecil-kecil perkara juga perlu diperhatikan kerana takut-takut satu hari nanti, perkara yang kecil boleh menjadi punca kepada perkara besar berlaku.

    Memang betullah pantun orang melayu,

    Siakap senohong gelama ikan duri,
    Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

    Bila dibandingkan entri akak dengan pantun ini, punyai tema yang sama. Benda yang kecil perlu dibaiki kerana takut akan menjadi bara api yang lebih marak satu hari nanti.

    Bila benda-benda kecil yang kita remehkan ini, seolah kita telah melatih hati kita untuk tidak merasa sebarang sensitiviti sewaktu melakukan perkara yang seperti akak nyatakan. meskipun dosanya tidaklah setara dosa seorang pembunuh atau minum arak, namun, jika dikumpul untuk bertahun lamanya, akan jadi banyak juga bukan ?

    Jika di asrama dulu, masih saya ingat lagi, kalau nak nila baju contohnya, nila pula tertinggal di bilik, tapi ternampak nila yang entah siapa punya dalam baldi, pakai guna sahaja.

    Ini juga perkara yang saya rasa kecil dahulu kerana saya juga pernah membuatnya. Tetapi entri akak membuat saya termuhasabah kembali untuk lebih jujur, walaupun dalam sekecil-kecil perkara.

    Jazakillah kak !

    Namun, kini saya memikirkan bagaimana ingin menanamkan sensiviti yang lebih tinggi kepada ummat ini.
    Iman yang akan membataskan segalanya, dan beriman bahawa Allah nampak APA JUA yang kita kerjakan. Dan malaikat kiri dan kanan yang sibuk mencatat tanpa hentinya !

    Dan sangat suka ayat akak, barangkali apa yang kecil di mata manusia, tidak kecil di sisi Allah Taala.

    Dan, jazakillah sekali lagi….
    Akak, rinduuuu…..Doakan saya…

  2. May 2, 2011 9:00 pm

    yaa…memang semakin luntur nilai kejujuran dalam manusia zaman ini…smoga dapat diambil pengajaran..

  3. May 3, 2011 3:56 am

    suke sgt3 ayat tu!!
    “tegakkanlah islam dalam dirimu nescaya islam akan tertegak ditanah air mu.”
    best3😀

  4. nur mardhati abyan permalink
    May 10, 2011 4:19 pm

    semoga kita besar dan indah di sisi allah :’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: