Skip to content

ombak jahat

January 3, 2012

Saya tidak tahu di mana nak mula. Untuk memilih perkataan dan menyusun ayat terasa sukar. Beberapa lama saya berdebat dengan diri sendiri – perlukah saya menulis tentangnya, apakah isu ini terlalu picisan untuk dikedepankan dalam blog ini, risiko saya akan mengguris hati orang, atau nampak macam extreme dll. Sungguhpun terasa sesak dada ini, namun akhirnya hati saya tetap merasa terpanggil untuk berbicara, kerana saya memandang isu ini berat sekali. Sekurang-kurangnya saya menukilkan pandangan jujur saya, menyampaikan apa yang saya percaya sebagai sesuatu yang perlu difikirkan bersama inshaAllah.

.

Baru-baru ini, heboh orang bercerita tentang filem Ombak Rindu, dalam akhbar, dalam YouTube, dalam facebook, memang merata.. baik perempuan mahupun lelaki. Bait-bait kata dari filem itu juga ‘dipinjam’ dijadikan status facebook. Dilaporkan hanya dalam 14 hari sahaja, filem itu mengaut keuntungan mencecah RM 11.2 juta!  Begitu penangannya. Mungkin jalan ceritanya menarik, mungkin kerana novelnya, mungkin itu dan mungkin ini. Biasalah untuk ke layar perak, filem perlu ada daya penariknya. Kisahnya perlu cukup dramatik, pelakon yg mampu membawa watak hingga menggamit rasa sesiapa yang menonton, aksi, adegan dan sebagainya. Kisah seorang ustazah yang menjadi pelacur, kahwin lari, dianiaya, di samping tragedi-tragedi dan krisis jatidiri, krisis keluarga yang lain. Apa yang pasti, ramai terhibur.

.

Siapa yang tidak suka hiburan? Namun sejauh mana kita boleh bertoleransi dan apa yang sanggup kita korbankan untuk mendapatkan hiburan itu? Saya tidak pelik wang sebanyak 11.2 juta ringgit berterbangan dari poket-poket rakyat Malaysia kerana filem ini. Yang saya terkesima adalah dahsyat sekali tahap keruntuhan moral yang kita sudah terbiasa hingga hati ini sudah tumpul, tidak sensitif lagi, tidak marah lagi, tidak kutuk lagi.

.

Saya bukan mengomel tentang oh teruknya pelacur, oh dahsyatnya kelab malam, minum arak dan apa-apa budaya yang dipaparkan dalam filem itu. Sudah itu yang menjadi jalan ceritanya. Saya taknak komen sebab tersendiri mengapa pihak filem memilih watak ustazah sebagai heroin, walaupun dalam novel asalnya heroin adalah seorang kerani. Juga taknak membebel tentang gambaran Islam yang sekadar pada tudung dan pasif. Mesej yang cuba disampaikan? Jatidiri? I’ll leave those discussions for another day.

.

Yang saya terkesima, yang saya tangisi adalah ramainya penonton yang ok saja untuk menonton filem itu, tidak rasa filem itu bermasalah untuk ditayangkan di khalayak. Saya sedia maklum ada banyak filem yang tidak soleh di luar sana – bukan filem barat, tapi filem malaysia. Saya akui kita memang sudah terbiasa tengok banyak benda tak soleh. Tapi…………

Ombak Rindu ni punya tak soleh… adalah tahap EXTREME tak soleh, tak soleh peringkat ranjang atas katil, sebanyak 3 adegan!!! How can we tolerate that?? Adalah 1 kegilaan, bahawa rakyat Malaysia sudah mampu menerima adegan seteruk ini di pawagam dan televisyen-televisyen rumah kita. Kita tak terasa nak pengsan, tak terasa nak cepat-cepat tutup mata, rasa marah, rasa kesal, rasa nak saman, dan rasa tak boleh tolerate filem sebegitu.

.

Tidak. Masyarakat sudah boleh terima.

Buktinya, mereka untung RM 11 juta. Filem ini ditonton segenap lapisan masyarakat tanpa masalah. Status-status facebook tidak banyak pun yang menyesali keberanian pembuat filem memasukkan adegan ranjang yang bertubi, sebaliknya pujian dan sanjungan atas kejayaan filem. Semuanya dianggap lumrah, daya penarik, perlu untuk menghidupkan cerita dan untuk menyampaikan ? pengajaran.

.

Saya tidak mahu terlalu negatif, seolahnya tidak nampak adanya kebaikan lagi. Namun, justifikasi kebaikan itu biarlah berpada. Kalaulah diumpamakan dengan makanan, walau berkhasiat, walau nampak sedap menggoda meleleh air liur macam mana pun, mesti kita tak sudi sentuh pun apatah lagi menelannya, kalau kita tahu dalam resepi makanan itu ialah tahi kucing sebanyak 1 gram. Maka apakah yang menyebabkan kita bertoleransi dengan adegan ranjang selama berminit-minit demi menonton filem yang kononnya bagus ?

.

Alangkah banyaknya perkara yang kita terbiasa…

Kita tidak terkejut lagi melihat berita statistik 1 orang anak luar nikah lahir setiap 17 minit di Malaysia. Kita tidak terperanjat lagi mendengar 50 000 orang remaja Lembah Klang memohon untuk murtad. Dah biasa dengar, tak suprise dah.. selagi tak melibatkan kakak kita, adik kita, sepupu kita, kawan baik kita dll. Setakat lagu-lagu yang mengajak beri kucupan sayang dan belaian kepada kekasih, sebahagian kita memang hafal liriknya. Video game yang pelik atau bergambar seksi.. budak sekolah rendah pun main.

.

Sungguh proses penghakisan iman ini bukan memakan sehari dua.
Proses menyuntik ubat pelali kepada umat ini bukan memakan seminggu dua.
Kita tidak boleh terus terlena.
Kita tidak boleh bersetuju untuk terus menjadi mangsa keadaan.

.

Seruan keimanan mesti lebih luas dan lebih laju, jika tidak sama luas dan sama laju dengan seruan kesesatan yang menenggelamkan. Hiba hati kita. Tidak lena tidur kita.
Amanah ini terletak di atas bahu kau dan aku.
Kerana kita sama-sama hamba Allah.
Kita cintakan umat ini.

.

ar-rumaisa

.

(ps : saya tidak menonton filem itu. cukuplah dgn trailer, membaca review & berbincang dgn penonton2nya.)

16 Comments leave one →
  1. Siti permalink
    January 3, 2012 6:04 pm

    Saya amat setuju sekali dengan pendapat saudari…saya memang ketinggalan dalam hal2 filem ni…tapi kerana wall FB rakan2 penuh dengan skrip OR maka tergerak hati utk menontonnya…tak best mana pun dan nasib baik menonton agak lewat malam…anak2 tak menonton bersama…nasib baik….masih menunggu filem2 Melayu yg setaraf dengan filem2 Indonesia spt Ayat2 Cinta atau Bila Cinta Bertasbih…yg mana pelakon yg bertudung memang tak menanggalkan tudungnya semasa berlakon dan lelaki dan perempuan tidak bersalaman antara yg bukan muhrim…..

  2. January 3, 2012 6:09 pm

    Memg kalu nak kira, nilai2 agama telah dikomersialkan oleh org yg bukan ahlinya… tapi di manakah peranan org2 yg ahli dlm bab ini? Tiadakah golongan yg merasa terpanggil utk melahirkan keindahan islam dalam bentuk filem? Berapa ramai pelajar kita yg belajar mengenai seni persembahan dan perfileman… Tiadakah di kalangan mereka2 ini merasa wajib utk mengeluarkan satu filem yg bermutu dan kaya dgn mesej2 Islam seperti filem Ketika Cinta Bertasbih… cukup cantik jalan ceritanya dan tiada perlu dilakonkan adegan2 yg memualkan perut kita…

  3. habsah permalink
    January 4, 2012 12:12 am

    fadzilah, aku betul2 suka ngan apa yg ko tulis..aku tak tgk citer lagi..kekangan masa menghalang aku dari menonton apa2 saja akhir2 ini..tp melihat iklannya sahaja sudah menakutkan..tq utk ayat yg byk menyedarkan..mohon utk share..

  4. January 4, 2012 1:47 am

    kita nak PAS memerintah.. rombak semua industri kita..

  5. January 4, 2012 10:41 am

    pemimpin yang bertaqwa…
    as much as we need it, is still ONLY 1 piece of the puzzle.
    the burden is actually shared by everyone. the workload is much more.
    inshaAllah hakikatnya kita memerlukan doktor, akauntan, ustaz, engineer, politician, wartawan, lawyer, arkitek, petani, bisnesman, pengarah filem… yang membawa risalah islam.
    kerana dakwah ini kita tanggung bersama. =)

  6. pndangan je ;) permalink
    January 4, 2012 12:51 pm

    sgt-sgt teruja dengan apa yg saudari tulis mengenai atas nih.. bukan semua dpt memikirkan perkara begini. tapi secara peribadinya kite sbgai org yg ber’ilmu’ haruslah mengambil inisiatif sendiri..
    x boleh nak salahkan pihak itu dan ini ..sbb diorg nih mugkin x dpt seperti apa yg kita dpt.. x blaja agame sedalam apa yg kite blaja.
    kite sbg yg tengah & sudah blaja, haruslah membuat sesuatu n mungkin menghasilkan drama,filem,iklan & sbgainya mengikut kehendak islam. jgn byk mengomen tetapi haruslah bertindak dan menyedarkan pihak2 yg sepatutnya bangkit dlm mengubah industri tanahair.

  7. January 5, 2012 12:23 am

    Rasanya fokus artikel ini ditulis…
    bukan untuk mengomen atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi lebih untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum …tentang betapa teruknya kemungkaran yang wujud dalam masyarakat kita pada masa kini, hingga perkara yang pada suatu ketika dahulu merupakan perkara yang amat memalukan untuk ditonjolkan kepada tatapan umum, kini telah menjadi satu kebiasaan yang boleh diterima oleh masyarakat. Allahu a’alam..

  8. keliali permalink
    January 5, 2012 12:35 am

    hahahaha!!!!!!! tak perlulah nak mengIslam kan orang lain. tanggungjawab anda cuma kepada mereka yang anda ada kuasa untuk merubah. itu saja. Islam tu jahat sangat ke sampai awak kena tanggung dosa orang lain yang u have no control over? why Muslims feel the need to control other Muslims? pelik.
    nak PAS memerintah? in your dreams lah. NO to extremist!!!!!

    • HaxorToTheSwallow permalink
      January 5, 2012 1:34 pm

      qaala Allahu subhanahuwata’ala:

      “Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnasi tamuruna bil marufi wa tanhaunaanil munkari wa tuminuna billahi”

      “You are the best of peoples evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah.” (surah al imran : ayat 110)

      semua kita mesti mengajak kepada kebaikan. dan mencegah kemungkaran.
      itu PERINTAH ALLAH. bukan perintah PAS, bukan perintah UMNO, bukan perintah PKR, MCA etc

      jadi halwahati ini cuba nak melakukan perintah Allah. kau ada buat? lagi condemn ada.

    • April 15, 2012 10:21 am

      Kita hanya bertanggungjawab menyampaikan, tetapi yang memberi hidayah itu Allah…

  9. January 5, 2012 4:58 am

    assalamualaikum..

    teraturnya bait kata🙂
    tq kerana sudi jenguk blog saya..🙂

  10. January 6, 2012 8:17 am

    Isu ini diakui dalam keadaan kritikal sekarang..
    Alasan berbuat demikian kebiasaannya supaya kelihatan lebih “real” dan seritma dengan jalan cerita. Namun,mentaliti sebegitu yang mengikis budaya ketimuran ~ yup,jujurnya jati diri terhakis..
    Hilang sifat malu si pelaku,kita yang menonton pula malu..
    Siapa yang mampu mengubah? golongan paling dekat adalah penggiat seni kreatif itu sendiri. Seni ini kreatif,bnyk cara utk mempersembahkan sesuatu karya…insyaAllah,kita cuma prlu berfikiran kritis dan kreatif lagi ~selagi ada masa,selagi itu kita perjuangkan menghadirkan solusi~Niat si pengkarya baik,menyebarkan mesej kebaikan namun tidak kena pula pada tempatnya.
    ~semoga karya dgn sinematografi+lakon layar YANG LEBIH BAIK akan terjelma..inilah cabaran untuk pencinta seni~

  11. January 6, 2012 1:50 pm

    saya setuju dgn layardastur. seni itu indah… seni+Islam lg la indah. tgk lah karya2 seni Islam di seluruh dunia… org bukan Islam pun sgt kagum. malah karya2 seni inilah yg menjadi rujukan karya2 Barat.
    seni perfileman juga boleh menyampaikan mesej2 Islam asalkan pengkaryanya faham konsep dan batas2nya. jika tak tahu boleh merujuk kpd yg lebih pakar…
    di zaman skrg pengaruh filem sgt efektif dlm kehidupan masyarakat. kaedah ini blh jd satu ‘tool’ dlm dakwah islamiyyah jg. semoga pengkarya seni di negara kita beroleh taufik dan hidayah Allah utk menghasilkan karya2 Islam yg blh menjadi santapan mata dan jiwa ummat Islam di Malaysia.
    berjihad dan berdakwah di jalan Allah byk caranya… artis pun blh berjihad dan berdakwah juga kerana itu profesyen mereka.

  12. rose permalink
    January 7, 2012 12:55 pm

    tak pernah tengok dan tak teringin nk tengok. dengar kawan cerita pun dah memualkan. Matlamat tak menghalalkan cara. Dah bnyk sgt cerita mcm tu. Buat cerita semata2 untuk dapat untung. Wpun cerita diselitkan dengan iktibar tapi penonton kebanyakanya akan lebih terpengaruh dengan benda yang buruk yg dipaparkan dari yang baik.

  13. January 9, 2012 6:52 am

    Saya suka perkataan kamu
    long time don’t have back to Malaysia
    I miss Malaysia so much

  14. February 2, 2012 1:27 am

    salam, saya setuju dengan pendapat admin. 3 adegan tersebut tidak seharusnya ditayangkan apatah lagi apabila filem ini menjadi tontonan semua lapisan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: