Feeds:
Posts
Comments

A&EMalam kian pekat. Saya meneruskan langkah yang semakin longlai. Perut juga menyanyi kelaparan, berperang dengan mata yang minta ditutup (nak makan vs nak tidur). Otak memang letih, setelah berjam-jam diperah dan stress memikirkan rawatan dan tindakan pantas yang sesuai untuk pesakit yang datang bertubi-tubi ke pintu Accident & Emergency. Emosi? Susah kot nak senyum selepas habis oncall. Itu mungkin satu jihad. Oncall di bahagian Accident & Emergency sungguh memenatkan, kerana  kita perlu sentiasa bersedia. Anything can walk in that door,  walaupun mungkin keadaannya tidaklah se-dramatik seperti yang digambarkan dalam drama bersiri ER (Emergency Room).

.

Apabila kepenatan, bisa saja hilang motivasi dan lemah semangat. Hati tidaklah terlalu senang gembira melayan kerenah jururawat, selain dari ragam pesakit yang pelbagai. Tidak sedikit bilangan doktor yang sekali-sekala menyesali dan TERsebut ‘kenapalah dulu aku amik medic..’. Blaja susah, keje pun susah. Di celah-celah kesibukan dan stress doktor bekerja, atau bagi medical students yang sedang bergelumang dan hampir lemas dalam timbunan kitab-kitab medic, untuk mencari semula semangat yang hilang tidak mudah.

.

Namun, saya merasakan untuk merenung diri, mengingatkan, meluruskan dan memperbetulkan semula nawaitu dalam setiap amal adalah sangat penting.
“Setiap amal itu bergantung kepada niat.” (Hadith riwayat Bukhari&Muslim)
Kerana di situlah letaknya nilaian Allah, keredhaan Allah. Kalau kita cuma siapkan semua perkara itu seperti robot dan mesin, alangkah rugi. Dengan nawaitu yang benar, hendaknya kita akan lebih mengerti kenapa kita di sini, dan menaikkan kembali motivasi kita untuk meredah jalan yang masih panjang.

.

Ingatkah kita kepada malam-malam yang hening, ketika kita bersujud panjang dan airmata kita membasahi sejadah…
Kita sangat berdoa Allah mengurniakan kita result SPM yang cemerlang, agar kita boleh meneruskan cita-cita.
Kemudian kita menyambung berharap tanpa putus kepada Allah, penuh terharu, supaya Allah izinkan kita untuk dapat pergi oversea, untuk dapat biasiswa, untuk dapat fly, dan nak sangat dapat masuk Medical School, nak sangat-sangat… dan kita solat hajat penuh syahdu memohon setiap hari.
Pada satu ketika yang lain pula, kita menangis dalam doa-doa kita, kita panjatkan tawakal kepada Allah setinggi angkasa, penuh cemas dan takut, agar Allah meluluskan kita dalam peperiksaan tahun akhir pengajian perubatan kita, agar akhirnya dapat bergelar Dr!

.

Maha Suci Allah yang telah mengabulkan kesemuanya! Janganlah kita lupa saat-saat itu, dan bersyukurlah sepanjang masa kepadaNya. Kita belajar/kerja ini untuk Allah. Lillahi Taala. Kita buat semua ini untuk Islam. Maka kita mestilah bersemangat selalu, motivated selalu, energetic selalu, dedicated selalu, dalam melaksanakan amanah Allah yang kini tersandang di bahu kita. Kerja itu ibadah. Study itu ibadah. Dan kita mahu menjadi hamba Allah yang senantiasa dalam ibadah, mahu menjadi ‘Ibadurrahman. Kan?

.

accountantSungguh seruan keimanan terbuka seluas-luasnya dalam kerjaya ini.
Bukankah nilai sihat hanya dapat difahami oleh orang yang sakit? Maka belajarlah dari mereka yang sakit, mudah-mudahan itu akan membuka pintu hati kita untuk merendah diri bermuhasabah atas nikmat-nikmat Allah, supaya hati yang angkuh ini tunduk kepada Tuhannya dalam syukur.

.

doctorDoktor tidak bekerja dengan mesin seperti engineer, bukan juga dengan dokumen-dokumen seperti setiausaha atau bekerja dengan duit seperti akauntan. Tetapi doktor bekerja dengan manusia, perhatiannya kepada manusia, ilmunya tentang manusia, menghadapi sakit peningnya, keluhannya, keluarganya,hidup matinya. Ia fardhu kifayah, dan harusnya semua itu meninggalkan kesan kepada jiwa, membawa kita lebih hampir kepada Allah. Seandainya tidak, seandainya hati ini sudah mengeras seperti batu, seandainya kita sudah menjadi lali, sudah terlalu biasa tengok orang sakit dan orang mati hingga sukar mendetikkan keinsafan, maka doalah supaya hati itu digantikan saja dengan hati yang lain!

..

ECGDalam kesibukan kita bekerja, ambil darah, mentafsir ECG, memasukkan tiub, ‘berperang’ dengan radiologist, menulis ubat, inject orang, janganlah sampai jiwa kita ini kering dari makna. Ingin saya ingatkan para doktor/medical students tentang keistimewaan sunnah Rasulullah yang  sebenarnya selalu kita laksanakan, iaitu sunnah menziarahi orang sakit.
Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)

..

hatiSelain dari merawat jasad yang tidak sihat, kita juga punya tanggungjawab merawat jiwa dan ruh yang sakit. Sering terjadi, orang yang dalam kesusahan mudah untuk disentuh hatinya, untuk disuntikkan dengan mesej-mesej keimanan pada saat-saat yang sesuai . Namun ‘kerja extra’ yang tidak bergaji ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor yang berjiwa da’ie, yang niat asalnya menjadi doktor memang untuk membawa risalah Islam. Kerjaya doktor dipilih supaya diri ini dapat menjadi agent yang menjayakan misi Islam dalam masyarakat. Ini bukan hidden agenda. Kita memang berniat menyeru manusia kepada Allah, dengan sengaja, dengan usaha. Bukan kebetulan, bukan sambilan. Saya menulis dengan terang dan jelas - kerjaya doktor ini hendaklah dijadikan alat untuk dakwah.

.

Kesimpulannya, bestkan kerja doktor ni? Bersemangatlah! Kerjaya ini banyak sahamnya di akhirat…huhu… kalau ikhlas.

Ababil oh Ababil

1400 tahun lalu, Rasulullah saw telah memberitahu, bahawa kita, umat baginda, akan ditimpa satu keadaan yang sangat teruk.

“Hampir tiba masanya, semua umat yang ada akan merebutkan kalian, sepertimana pemangsa mengerumuni hidangan.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana bilangan kami (umat Islam) ketika itu sedikit, ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab, “Tidak,bahkan jumlah kalian amat banyak. Namun, keadaan kalian seperti buih di lautan. Allah mencabut dari hati musuh-musuh rasa takut terhadap kalian, lalu Dia memasukkan Wahn ke dalam hati kalian.”
Sahabat bertanya lagi,”Apakah Wahn itu?”
Baginda menjawab,”Cinta dunia dan takut mati.”.
(Hadith riwayat Abu Dawud)

.

muslim_mapApa pendapat kawan-kawan? Sudah tibakah zaman itu? Bukankah kata-kata Rasulullah saw itu sudah menjadi realiti hari ini? Bilangan kita 1.5 billion, di kalangan penduduk dunia yang jumlahnya 6 billion. Namun, jika ditelusuri keadaan umat Islam sepanjang 25 tahun sahaja hidup saya yang pendek ini, cukup untuk membuatkan airmata kita tidak sempat mengering. Kisah-kisah pembunuhan dan penindasan ahli keluarga kita di serata tempat, seluruh pelosok dunia yang bagaikan ‘sudah terang lagi bersuluh’. Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Pattani, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Iraq, Palestin, Uzbekistan, China dan… sungguh senarai ini masih panjang.

Oh…Kenapa orang-orang semua nak bunuh kita ???

……

Kita semua belajar cerita Abrahah masa Sirah darjah 1, kisah tentera bergajah  diketuai oleh Abrahah itu, yang mahu menghancurkan Kaabah. Kemudian Allah mengutuskan burung-burung Ababil yang mencampakkan batu-batuan panas untuk melenyapkan angkatan jahat itu dari muka bumi!
Tapi …
kenapa dunia kita jadi begini sekarang?
Oh di manakah burung-burung Ababil itu?
Kenapa Ababil tidak datang menghancurkan tentera Serbia semasa penyembelihan ratusan ribu umat Islam Bosnia?
Kenapa laut tidak menenggelamkan kapal perang Perancis dan Amerika yang menyerang sepertimana ia pernah menenggelamkan batalion tentera Firaun?

.

Namun …
h1n1virusYang kelihatan cumalah umat Islam terus-terusan dibantai dan dianiaya. Satu-persatu. Dari satu negara ke satu negara. Ia seperti wabak yang lebih dahsyat dari H1N1, umpama penyakit yang tiada sembuh-sembuhnya, merebak tiada hentinya. Ini mimpi ngeri yang sangat panjang. Kita dikerumuni musuh dari segenap penjuru – dari luar, bahkan dari dalam juga, termasuk dari kalangan orang yang mengaku Islam. Kita seperti menjerit dan bertanya-tanya dalam ketakutan..
di manakah pertolongan Allah ?!

.

Saudara-saudara seiman yang saya cintai dan muliakan, wahai umat Nabi Muhammad!

Kita teliti semula firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw:

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

Sesiapa yang di dalam hatinya sudah jelik dan jijik dengan kerosakan dunia hari ini, merindukan kembalinya kebenaran, mengangankan kesejahteraan dunia ini dalam cahaya Islam, maka dia mesti memahami ayat di atas! Di dalam ayat ini, yang ditujukan kepada kita umat Rasul terakhir, tertulis satu rahsia besar, satu sunnatullah, satu syariat, untuk kita menang. Berdasarkan firman Allah tersebut, jika dan HANYA jika kita
menolong agama Allah’
terlebih dahulu (dgn berusaha habis-habisan, sehabis daya, bersungguh-sungguh, sampai penat, sampai pengsan, sampai mati),
barulah

‘nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

.

Kenapa begitu? Kerana Allah hanya akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang layak sahaja. Ertinya, kalau Islam tak menang-menang jugak di dunia pada hari ini, itu maksudnya kita yang memang belum layak untuk menang. Belum layak untuk dapat pertolongan Allah. Belum cukup beriman. Belum cukup berusaha. Belum cukup berjuang. Itu sifirnya. Kalau kita hanya mahu goyang kaki, relax selalu, main game, tengok cerita korea, afundi AF, dan tidak kisah serta tidak mahu fikir apa-apa hal Islam, usahlah mengimpikan ‘burung Ababil’ akan turun selamatkan kita.

.

lightningSaya memerhatikan ada satu penyakit yang dihidapi oleh sebahagian kawan-kawan seislam, iaitu suka tengok sesetengah negara kena bencana. Apabila menara WTC roboh pada 11 September, ada sesetengah umat Islam bergembira dan menyebut,
“Padan muka US! Jahat sangat.”

Mereka seolah-olah menunggu-nunggu Allah menurunkan keajaiban, mengirimkan malapetaka untuk menghancurkan pihak-pihak yang menjadi musuh Islam. Mereka mengharapkan tentera Israel mati dipanah petir di Palestin, atau taufan tornado tiba-tiba datang menghancurkan kereta kebal Amerika di Iraq. Mereka ini sayang Islam, menyesal dengan apa yang berlaku, memandang dengan kesedihan, tetapi tidak berbuat apa-apa, lantas berdoa, “Semoga Allah menurunkan kejadian luar biasa!”. Seolah-olah menginginkan ‘burung-burung Ababil’ turun sekali lagi.

.

Ketahuilah!
Burung-burung Ababil TIDAK akan turun. Penantian seperti itu adalah tidak berguna dan sia-sia! Usah bermimpi dan berangan. Pertolongan Allah tidak akan datang kecuali dengan usaha dan perjuangan. Kita dilanda masalah umat Islam keseluruhan yang dahsyat. Tidak ada jalan pintas menyelesaikannya. Tidak ada jalan mudah seperti rundingan apa-apa, atau berpilihanraya sahaja, atau menunggu keajaiban berlaku.

.

006Diagnosis penyakit orang Islam hari ini adalah tidak faham Islam itu sendiri, tidak tahu ‘apa ertinya saya menganut Islam’, pemikiran sudah bercampur-aduk dan keliru. Maka ubatnya, satu-satunya solusi konkrit yang kita ada, ialah untuk membina semula jatidiri muslim itu. Segalanya mesti bermula dengan kembali memahami Islam, kembali mengamalkan Islam, jauhi dosa dan mementingkan ketaatan kepada Allah, oleh semua orang, tanpa mengira usia, lokasi, pangkat dan masa, dalam semua aspek hidup. Tanpa terkecuali. Usaha ini nampak kecil, tidak gempak, tetapi hakikatnya ia adalah nadi. Inilah titik mula perjuangan itu. The first and the most important step.

.

Kawan-kawan yang saya kasihi dan muliakan,
Dipersilakan memilih untuk menjadi Peserta atau Penonton dalam hal ini.
Kepada yang memilih menjadi peserta…
Selamat melangkah, jangan lemah semangat dan jangan berhenti. Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya :

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad:ayat 7)

.

.

ar-rumaisa
26 Syawal 1430 H

(rujukan: Al-Quran, Riyadhus Solihin, Bukan Zaman Abrahah oleh Dr Raghib as-Sirjani)

words

Sesungguhnya..
kebenaran TIDAK akan memimpin,  kebaikan TIDAK akan tersebar,  keadilan TIDAK akan tertegak,   panji-panji kemuliaan akan jatuh
dengan wujudnya

orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia
dan
orang-orang yang bersifat riya’
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat, dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.

.

Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan …

orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan prinsip,  
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
Mereka adalah
orang-orang yang
berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

tak cukup oxygen

800px-ketupat2Selamat Hari Raya. Bestnya dapat raya di Malaysia selepas 6 tahun beraya di perantauan. Ada sepupu-sepapat yang dulu kecil-kecil sekarang sudah besar, ada yang sudah tidak kenal dengan saya, ditambah lagi dengan yang belum melihat dunia. Ada jiran-jiran kampung, saudara-mara yang jauh-jauh, bau-bau bacang, yang sudah meninggal dunia, sudah pindah dan macam-macam cerita lagi. Terasa diri ketinggalan. Sekali-sekala apabila saya pulang ketika bukan musim perayaan, tak dapat jumpa ramai orang, tak dapat sembang panjang-panjang. Rupanya saya sudah lama ‘missing in action’ dalam kisah keluarga. Maka balik kampung haritu, updating in progress… … … … … …

.

Ini hal silaturrahim, hal ukhuwah. Jadi balik kampung ketika aidilfitri mmg the best time, the hot spot untuk merealisasikannya, menyambung jalinan yang terputus dan tergantung. Tapi saya rasa suasana itu banyak terbantut oleh rancangan-rancangan televisyen yang membuang masa, rosak lagi sunyi dari apa-apa nilai teladan. 

.

KL driftBudaya beraya duduk depan televisyen memang sudah sebati agaknya. Maka televisyen itu memang tak boleh nak tutup pun. Namun, lebih disesalkan, umat yang sedang menyambut Hari Kebesaran Islam ini disajikan dengan rancangan-rancangan yang cukup ‘tercemar’. Habis ‘keracunan’! Kalau tidak salah saya, 1 Syawal, TV3 menayangkan cerita hantu momok jembalang (entah tak ingat tajuk), diikuti filem Duyung raya kedua, kemudian KL Drift, rancangan joget Raya Bersama Bintang Agogo 60-an di TV1 dan banyak lagi.

.

Kalau udara tak cukup Oxygen, iaitu di bawah paras normal 21%, tak payah tunggu lama-lama, kita akan sesak nafas. Entahlah, kalau boleh disamakan, begitulah saya semacam rasa sesak dada baru-baru ni. Tak cukup ‘ruh’ Aidilfitri, tak berapa rasa ruh hari kemenangan dan kesyukuran itu. Selepas sebulan mengecapi keharuman Ramadhan, untuk menjadi lalai dan terleka dalam masa beberapa hari pertama sambutan Syawal tetap sangat senang. Terasa best sangat masa solat raya, bertakbir, dengar khutbah raya, jumpa kelurga, ziarah-ziarah. Tapi lepas tu… jiwa semakin kering dari perkara-perkara yang ‘mengisi’ sepanjang Hari Raya. Jasad je kenyang dan terisi. Suasana pergaulan bebas yang ada menyakitkan mata. TV pun memang tak ok. Tak boleh tutup pulak tu. Realiti. Refleksi. Tak tahu pun nak salahkan siapa kecuali diri sendiri sebab rasa tak mampu nak buat apa-apa.

.

Ironically, ketika itu tiba-tiba saya jadi rindu pula dengan Aidilfitri di Galway, yang tenang dan aman. Malam raya, akan diraikan dengan bertakbir beramai-ramai di rumah para muslimah. Ada majlis khatam Quran. Tak ada orang duduk menghadap TV pada Hari Raya. Tak ada pasangan-pasangan tidak sah beraya berdua kesana kemari macam kat Malaysia, pergaulan bebas atau percampuran. Tidak ada masalah sepupu lelaki hulur tangan untuk bersalam. Lagu raya pun tak begitu kedengaran. Tidak ada promosi shopping spree sale sempena Raya. Bila jauh, di luar Malaysia, di perantauan, di Galway, lebih terasa Aidilfitri itu ibadat. Bukan adat. Saya berdoa kemurniannya akan kekal, akan diteruskan generasi medical students seterusnya yang berkampung 5 tahun di sini. Moga Allah selalu merahmati bumi kecil Galway.

.

Apapun, saya bersyukur Allah masih mengizinkan saya bersama keluarga pada 1 Syawal, memeluk dan mencium tangan ibu dan ayah. Saya akan ingat saat itu. Namun, ada banyak perkara kita perlu baiki dan usahakan untuk supaya iman kita tidak jatuh menjunam dengan bermulanya Syawal, walau di mana kita berada. Mujahadah mesti diteruskan selepas Ramadhan. Moga kita senantiasa di dalam ampunan, rahmat serta kasih-sayangNya, hingga ketemu lagi dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

.

mixed emotions,
ar-rumaisa

balik kampung

Permusafiran saya bermula pukul 1.15 pagi semalam. Melangkah keluar rumah dalam kesejukan malam dan angin yang membekukan untuk ambil bas 4 jam dari Galway ke Dublin Airport, untuk mengejar penerbangan pukul 6.40 pagi. Oh kalaulah malam tadi Lailatul Qadr, teruklah! Lailatul Qadr dalam bas ajelah saya. Huhu.

.

Lebih sedih lagi, sebaik saja duduk, saya terus terlelap. Sedar-sedar, terdengar suara pemandu bas memekik ‘Dublin Airport!’ dan saya antara penumpang yang lambat turun. Dalam mamai-mamai, langgar kerusi, langgar beg, langgar itu ini, saya melangkah malas menuju ke Departure Area.

.

Manusia sudah ramai, membuat barisan-barisan panjang yang merimaskan. Semua menunggu giliran diperiksa oleh Security. Setiap seorang. Setiap beg. Setiap coat. Selepas di’scan’ dengan mesin, akan diperiksa oleh manusia pula. Banyak songeh. Lagi-lagi terhadap orang Islam yang bertutup dan berkelubung sana-sini. Tapi ada orang-orang istimewa boleh lalu ‘Fast Track’. Scan pun sangat express. Lebih kurang je. Buat syarat aje.

.

Saya terfikir, kalau kat akhirat nanti pun mungkin macam tu. Segala-gala tentang diri kita akan dibongkar satu-persatu. Setiap diri. Setiap hati. Setiap buku amalan. Setiap saat hidup. Dan mungkin akan ada juga orang-orang yang boleh lalu ‘Fast Track’. Siapa mereka? Mungkin para Anbiya’, para Syuhada’, orang-orang soleh, orang-orang cukup 100% solat fardhunya tanpa masalah… Oh, saya tahu saya bukan pemegang pasport ‘Fast Track’ itu. Ampuniku Ya Rabb.

.

Kali terakhir saya meraikan Aidilfitri bersama keluarga adalah tahun 2002, ketika belum masuk universiti. Alhamdulillah tahun ini Allah menganugerahkan peluang istimewa itu lagi, beraya dengan keluarga, hal yang mungkin kawan-kawan di Malaysia take for granted. Bagi saya, Aidilfitri tahun ini bakal menjadi sejarah.

 

Namun sebelum itu, hak untuk Allah mesti didahulukan. Ramadhan is still here. The final special moments! Teruskan memburu Lailatul Qadr. Ingin saya kongsikan, pesan Rasulullah saw yang dikasihi,

“Barangsiapa yang menunaikan Qiamulail pada 2 malam Eid (Aidilfitri & AidilAdha), dengan ikhlas kerana Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

.

Dalam kegembiraan kita balik kampung, bertemu keluarga, masak-masak, jangan lupa dirikan QIAMULAIL, tahajud dan sujud kepada Allah pada malam hari raya. InshaAllah itu adalah penutup, pengakhiran, graduasi paling cantik kepada universiti Ramadhan kita. Semoga Allah sudi menghidupkan hati-hati kita dengan cahaya iman dan keindahan gemerlap taqwa, sentiasa.

.

Salam Aidilfitri,

ar-rumaisa

London Heathrow Airport.

Undang-undang Ramadhan

Saya melangkah keluar dari gelanggang itu usai solat terawih. Spontan, kepala mendongak ke langit untuk menikmati keindahan pemandangan malam. Bulan kelihatan besar, rendah, mengambang tiga suku penuh. Kerana malam ini rupanya sudah 21 Ramadhan. Pantas sungguh masa berlalu. Masa yang tidak pernah mahu berbincang dengan manusia. Masa yang taat kepada perintah Allah semata-mata, sentiasa saja berlari meninggalkan manusia yang termangu-mangu tidak tahu nilai hidup.

.

Maafkanlah kesunyian blog ini selama Ramadhan. Saya sukar untuk menjinakkan diri untuk menulis, kerana saya sudah menetapkan Undang-undang Ramadhan ke atas diri sendiri. Saya berniat untuk melapangkan waktu malam, berusaha untuk menghentikan semua aktiviti. Selepas berbuka puasa, selagi mana boleh, saya tidak mahu bertoleransi dengan apa-apa urusan.

Malam adalah special untuk beribadah.
Malam Ramadhan is… time dedicated for Allah.

.

ramadhan11Kita harus mengutamakan apa yang utama. Mungkin kita perlu mindset awal-awal apa yang kita inginkan, kerana kalau kita membiarkan saja jadual hidup kita dicorakkan oleh ‘kebetulan’, bimbangnya kita tidak akan sampai ke destinasi tujuan. Setiap bahtera mesti ada nakhoda dan kompasnya, bukan sekadar angin menentukan layarnya. Apatah lagi kini kita sudah melangkah ke 10 hari paling penting dalam bulan paling istimewa dalam setahun. Sesungguhnya sebaik saja Ramadhan bermula,  Imam Malik berhenti meriwayatkan hadith dan segala urusan pengajian lain, untuk duduk membaca Al-Quran. Mungkin kita tidak mampu untuk membekukan urusan seperti Imam Malik (kecualilah kalau kita ni Boss), namun, tetapkanlah kompas keutamaan yang jelas dalam jadual hidup kita 10 hari ini. Mana yang boleh tangguh, tangguhkanlah atau tinggalkan sekiranya tidak penting.

.

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. :
“When the last 10 nights (of Ramadhan) would begin, the Prophet s.a.w. would stay awake at night (for prayer and devotion), awaken his family and prepare himself to be more diligent in worship.” (Bukhari & Muslim)

.

Ingin saya kongsikan, nasihat seorang kakak kepada saya,
“Prestasi ibadah kita bulan di Ramadhan ini akan menentukan macam mana keadaan ibadah kita untuk 11 bulan lagi.”
Mungkin benar juga, seolah-olahnya Ramadhan ini seperti peperiksaan SPM, penting dan banyak peranannya dalam menentukan posisi kita selepas itu. Tentulah tidak secara mutlak, tetapi sahamnya besar juga.

.

Selamat beribadah. Selamat memburu Lailatul Qadr. Moga Allah terima amal kita dan menghadiahkannya dengan gelaran ibadah yang Ikhlas.

.

ar-rumaisa
21 Ramadhan 1430 Hijriah

“Yes Ramadhan tomorrow inshaAllah.”
basketball-courtBegitulah bunyi SMS dari Syeikh Khalid, iaitu Imam kami di Galway. Lantas SMS itu diforwardkan ke merata-rata tempat dengan seberapa segera pada malam itu. Begitu saja pengumuman bermulanya Ramadhan kami di bandar kecil Galway, Ireland ini. Kami tidak ada masjid. Kami juga tidak ada penyimpan mohor besar diraja buat pengumuman di mana-mana tv dan radio Ireland. Jadi ukhuwah SMS lah pengikatnya, cara sebaran beritanya. Namun alhamdulillah, terbukti kami tiada masalah connection breakdown kerana keesokan harinya, umat Islam Galway baik yang berasal dari Malaysia, Sudan, negara-negara Arab, Pakistan dan Nigeria dll, berjaya memulakan puasa. Maknanya, berita kedatangan Ramadhan itu berjaya disebarkan kepada seluruh umat Islam Galway melalui SMS, dalam tempoh 1 malam. Keesokan malamnya pula, sama seperti tahun-tahun lepas, terawih pun dimulakan di atas gelanggang basketball. Berkumandang suara Syeikh Khalid yang sayu mengalunkan surah-surah. Tiang gol basketball itu menjadi saksi saban tahun perhimpunan kami di setiap malam Ramadhan untuk terawih dan juga setiap pagi pertama Aidilfitri serta AidilAdha.

.

Tahun ini Ramadhan jatuh ketika Summer. Ertinya, siangnya lebih panjang daripada malam. Fajr bermula pukul 4.00 pagi dan Maghrib jam 9.00 malam. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah tidak menetapkan Ramadhan sentiasa pada musim tertentu sahaja. Jatuhnya Ramadhan berubah-rubah pada kalendar kita setiap tahun. Hikmahnya, mungkin agar kita tidak tertumpu pada musim dan waktu hadirnya Ramadhan itu, tetapi lebih fokus kepada isi dan penghayatan Ramadhan itu sendiri.
duskSegala puji bagi Allah yang menentukan kedatangan Ramadhan ketika musim panas, ketika siangnya lebih panjang, agar kita lebih mengenal erti mujahadah, lebih lama puasanya, lebih lama menahan nafsu, agar lebih besar pahalanya. Setinggi-tinggi syukur juga bagi Allah yang mengkehendaki Ramadhan berkunjung ketika musim sejuk, ketika malamnya lebih panjang, agar mudah kita bangkit bertahajud, puas kita sujud, menangis, bertaubat dan berkhalwat dengan Allah dalam qiamulail kita, hingga aneh sekali kalau masih terlepas sahur.

.

“Oh poor girl, you must be dehydrated and exhausted!” kata jururawat Irish itu.
Tidak cukup lagi rupanya usaha saya, semangat saya dan senyuman saya. Adakah orang-orang Irish ini masih nampak saya kelihatan tidak bermaya? Atau itu hanya kata-kata dari sangkaan mereka saja kerana mengetahui sekarang ini bulan umat Islam berpuasa? Saya sedang berikhtiar untuk memantapkan prestasi kerja, berakhlak lebih baik, bersabar dan memaniskan wajah sentiasa, supaya tiada alasan bagi mereka menuding jari atau bersangka doktor muslim kurang produktif, kurang ceria, kurang cergas.. “because they are fasting”. Tidak. Saya tidak akan mengizinkan ucapan seperti itu! Usah kita mengiyakan dan menyokong anggapan mereka. Para sahabat dulu siap pergi perang dan menang pulak, dalam berpuasa Ramadhan – perang Badar, perang Hitthin, perang Ain Jalut.
Maka janganlah kita lebih masam, lebih garang, lebih cepat marah, lebih malas, lebih longlai, lebih lembab, lebih beralasan, kerana kita orang yang sedang dalam kelaparan. 
Sebaliknya saya menyeru kepada saudara-saudara seiman sekalian, sepanjang Ramadhan ini, untuk menampilkan imej yang luar biasa lebih baik, lebih sabar, lebih tenang, lebih pemurah, lebih pemaaf, bahkan lebih efficient juga dalam kerja dan study, kerana kita orang yang sedang dalam ibadah.

.

Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran kita. Syeikh Al-Maududi menyebutkan bahawa tujuan Islam yang sebenarnya adalah untuk menjadikan seluruh kehidupan manusia ini sebagai ibadat kepada Allah. Maka dasar Allah mewajibkan solat, puasa, zakat dan haji itu semuanya hanyalah sebagai latihan yang bertujuan supaya kita merasa bahawa kita ini hamba kepada Tuhan, agar kita akhirnya mengerti bahawa seluruh hidup ini adalah demi Tuhan, untuk Tuhan, walaupun di luar waktu solat, atau di luar bulan Ramadhan. Malang sekali mereka yang gagal memahami konsep ini walaupun telah melaksanakan amal-amal fardhu itu tadi. Maka lebih sukarlah bagi mereka yang tidak mendirikan amal fardhu untuk memahami hakikat kehidupan. Kerana itu baginda Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:

“Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali hanya lapar dan dahaga semata.”

.

Kita tahu adik-adik kecil kita juga sudah mulai berpuasa. Ayuh muhasabah apa beza puasa mereka dengan puasa kita? Pada usia ini, Shaum (puasa) kita mestilah ada nilai tambahan, additional value. Bagaimana? Hendaknya mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan hati kita ikut berpuasa. Ianya cukup sulit untuk dilaksanakan kerana Shaum ini adalah sejenis ibadah yang tersembunyi. It is a secret between you and Allah.

.

Di sini juga saya ingin menyenaraikan amalan-amalan asas untuk mengisi Ramadhan, untuk ingatan diri sendiri dan buat manfaat kawan-kawan yang saya kasihi.

1. Shaum (puasa) – seperti yang diceritakan di atas

.

2. Sahur
Ia bukan pengganti sarapan, bukan juga penambah makan malam, tetapi adalah ibadah. Sabda Rasulullah:
“Sahurlah, kerana dalam sahur itu ada barakah.”
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim) 
Siapa yang tidak mahu barakah bulan Ramadhan? Jadi apa cerita pun, ngantuk macam mana pun, kena bangun sahur juga!

.

3. Iftar (buka puasa)
Dari Anas bin Malik r.a. : Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum solat Maghrib dengan 3 biji kurma segar, jikalau tiada, baginda akan memakan 3 biji kurma kering. Jikalau tiada, baginda akan minum 3 teguk air putih. (Hadith riwayat At-Tirmidzi).
Itu yang Rasulullah lakukan, dan makan beratnya kemudian setelah solat. Jangan lupa berdoa ketika berbuka puasa, kerana
Dari Abdullah bin Amru bin Al-As r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika saat dia berbuka puasa, doanya TIDAK AKAN DITOLAK oleh Allah”. (Hadith Sunan Ibnu Majah)
Minit-minit terakhir sebelum berbuka itu adalah waktu-waktu yang sangat mahal, ketika doa mustajab dan permintaan dipenuhi, seperti keajaiban waktu sahur. Rasulullah juga banyak menekankan berbuka hendaklah disegerakan.

.

4. Tarawih
Perkataan ini berasal dari akar kata “raaha-yaruuhu-raahatan-watarwiihatan- yang bermaksud rehat, istirahat, santai. Maka solat ini hendaklah dilaksanakan perlahan-lahan, dengan khusyuk dan penghayatan serta dalam keadaan santai-santai, bukan secepat kilat hendak mengejar target rakaat! Kita umat Islam mesti berani mengevalusi diri dalam pelaksanaan solat terawih. Sudah lama kita belajar solat terawih dalam hidup kita, tetapi perasaan khusyuk menikmati kerehatan jiwa dalam terawih itu belum juga meresapi. Belum juga merasai kemanisan  ketenangan bermunajat kepada Allah.

Bagaimana tarawih Rasulullah? 
Baginda solat tarawih, di rakaat pertama setelah beliau membaca surah Al-Fatihah, beliau membaca surah Al-Baqarah sampai selesai. Para sahabat menyangka baginda akan ruku’, namun baginda meneruskan membaca surah Ali-Imran sampai selesai. Para sahabat kembali mengira baginda akan ruku’, namun kembali baginda membaca pula surah An-Nisa’sampai selesai, barulah baginda ruku’. Lamanya tempoh ruku’, iktidal dan sujud baginda adalah seperti lamanya baginda berdiri rakaat pertama. Subhanallah! Tentu kita tidak sekuat Rasulullah s.a.w, namun yang kita teladani dari baginda adalah caranya, dengan thuma’ninah, khusyuk dan penuh tadabbur.

.

5. Tilawah Al-Quran
Rasulullah s.a.w. bertilawah Al-Quran bersama malaikat Jibril pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Kita mesti meningkatkan kuantiti dan kualiti masa yang kita habiskan dengan Al-Quran di bulan ini. Bacalah dengan hati nurani dan hayati terjemahannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana memberi petunjuk yang sangat banyak kepada saya ketika sedang tilawah Al-Quran Ramadhan kali ini. Ada saja ayat yang saya temui yang terasa seolah-olah ayat itu memang sedang ditujukan khas untuk saya! Kena-kena aje. Macam tahu-tahu aje apa yang sedang dialami. Tapi, memang Allah Tahu pun! Sungguh, terasa Allah sedang berbicara dengan diri ini melalui ayat-ayatNya di dalam Al-Quran itu…….
segala puji bagiMu ya Allah! ampuni daku…

.

6. Sedekah
Perbanyakkan memberi, baik banyak atau sedikit, sumbangkan juadah iftar dan bersedekahlah walau apapun. Sifat dermawan Rasulullah saw di bulan Ramadhan dikatakan lebih pantas dari angin yang bertiup, sepertinya tidak takut miskin.

.

7. Solat malam
Rasulullah s.a.w. mengejutkan isteri-isterinya dan kerabatnya untuk menghidupkan malam-malam istimewa, mulia dan mahal ini. Kalau Rasulullah sampai sanggup mengejutkan seisi rumah baginda, takkan pula kita yang tidur saja. Moga rumah-rumah orang Islam menyala lampu-lampunya setiap malam Ramadhan, sehingga kagumlah umat lain di dunia dengan kepelikan fenomena Ramadhan. Ini belum kita bicara lagi soal Lailatul Qadr.

.

Banyak lagi amal-amal lain yang tidak saya sebutkan. Jemputlah kawan-kawan pula yang menambah senarainya. Moga Allah beri kita kekuatan, kerajinan dan keikhlasan untuk bekerja menuai nikmat-nikmat Allah di ladang Ramadhan yang luas dan ranum ini. Siapa yang malas, dia yang rugi. Siapa yang rajin, manisnya dia yang rasa. Biidznillah. Selamat Merayakan Ramadhan. Allahu’alam.

.

ar-rumaisa
5 Ramadhan 1430 Hijriah

(rujukan: Riyadhus Solihin, Dasar-dasar Islam, risalah Ramadhan IM, Dakwatuna)

pengsan

Rabbani Nadamurni13 Ogos 2009 mencatatkan tarikh meninggalnya Ustaz Asri, ketua kumpulan nasyid Rabbani. Innalillahi wa inna ilahi roji’un. Al-fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

.

Sumbangan beliau dalam dunia nasyid tidak dapat dinafikan. Saya berpendapat perkembangan industri nasyid serta kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid baru yang bagai cendawan tumbuh di Malaysia adalah sesuatu yang positif, penting dan harus diberi sokongan. Kenapa? Sebab arus jahiliyyah yang menyesatkan manusia dari jalan Allah bergerak laju, selaju munculnya lagu-lagu baru, penyanyi-penyanyi, filem-filem dan majalah-majalah hiburan baru. Untuk counter-attack serangan-serangan pemikiran dan budaya sesat serta sekular itu, dakwah islam harus bergerak samada sama laju, atau lebih laju lagi berbanding mereka dan menghidangkan alternatif dalam bidang-bidang tersebut. Tidak cukup dengan cuma majlis-majlis ceramah atau khutbah di masjid-masjid, dakwah Islam harus lebih progresif, kreatif dan menular. Di sinilah peranan kumpulan-kumpulan nasyid. Tidaklah saya bersetuju dengan semua nasyid yang ada sekarang, banyak juga yang terlampau cair dari mesej Islami. Namun percubaan dan kemunculan mereka harus diraikan. Maka saya berkongsi kesedihan dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani itu. Berkurang lagi seorang permata dakwah dalam industri nasyid.

.

Saya baru usai menonton video berita tv3 tentang kejadian 13 Ogos tersebut. Ustaz Asri rebah sewaktu rancangan Syahadah di RTM, dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Pantai,KL kerana serangan jantung. Saya menonton video itu beberapa kali, berfikir, dan saya rasa mungkin ada sesuatu yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa itu. Izinkan saya berkongsi pandangan.

.

Berkemungkinan besar apa yang terjadi adalah, Allahyarham rebah ketika itu kerana Cardiac Arrest (heart attack/sakit jantung). Malangnya dalam video tersebut, selepas rebah, ramai yang berkerumun dan apa yang kelihatan ialah orang sekadar mengipas-ngipas dan menyapu air ke muka beliau. Saya sangat berharap ketika ini sebenarnya sudah ada orang yang sekurang-kurangnya berusaha untuk tengok beliau bernafas ok ke? Pengsan ke apa ni..? Ada nadi tak? Saya juga berharap panggilan 999 telah pun dibuat. Kemudian selepas beberapa ketika (?), beliau diusung beramai-ramai, turun tangga dari tingkat (?) bangunan RTM dan dibawa naik van Rabbani ke hospital. Saya tidak tahu berapa lama setelah rebah barulah beliau mendapat rawatan. Pihak hospital Pantai juga berpandangan beliau telah meninggal dunia sebelum tiba ke hospital. Beliau bukan meninggal serta-merta, kerana menurut temuramah saksi, iaitu salah satu anggota kumpulan Rabbani yang disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini keesokan harinya, allahyarham masih bernafas tersekat-sekat sejurus selepas rebah.

.

Fakta: Dalam kes serangan jantung, setiap saat dan minit adalah tersangat penting! Menurut kajian, setiap 1 minit yang berlalu tanpa rawatan akan mengurangkan peluang pesakit untuk hidup sebanyak 10%.

.

Sekadar points muhasabah untuk iktibar…

Malang sekali kebanyakan ahli masyarakat tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan cemas seperti ini. Banyak masa terbuang semasa proses mengipas-ngipas dan kerumun itu.
Ramai juga yang tidak tahu-menahu tanda-tanda seseorang itu sedang kena serangan jantung, atau pun sedang kena stroke.
Tidak seharusnya di tempat awam sewaktu berkumpulnya orang seperti di RTM (atau airport, atau stadium etc) tiada orang yang bersedia sentiasa, trained, yang boleh beri rawatan kecemasan CPR (CardioPulmonary Resuscitation). Huhu.
Berkemungkinan, ambulan seharusnya boleh datang lebih pantas ke tempat kejadian berbanding van mereka untuk datang ke hospital, sebab RTM itu terletak di tengah-tengah KL yang memang banyak hospital.
Ambulan tidak akan bertembung dengan traffic jam seperti van, kerana dengar bunyi siren, semua orang akan beri jalan.
Lagi pun RTM itu tempat awam, tidak timbul masalah ambulan tak jumpa alamat.
Walaupun akhirnya pesakit akan dikejarkan ke hospital,pihak paramedik ambulan akan boleh memulakan rawatan kecemasan di tempat kejadian lagi dan sepanjang-panjang perjalanan dalam ambulan, sebelum tiba ke hospital.
(… semua ini sekadar pendapat peribadi, kemungkinan saya silap…)

.

Ok, kalau kita tengah jalan-jalan dengan gembira, dan ternampak seseorang      (?org tak kenal ?kawan kita ?mak kita ?adik kita) tiba-tiba jatuh pengsan, apa yang kita perlu buat?

CPR1. Datang kepada orang itu, tolonglah tolonglah tolonglah jangan cabut lari dan biarkan, harap org lain. Datang kerumun dan tengok saja lagi tak patut.

2. Pastikan keadaan selamat. Kalau tengah jalan, angkat ke tepi jalan.

3. Cuba kejutkan – goncang, panggil nama kuat-kuat kalau tahu.

4. Tengok dia bernafas tak
- dongakkan kepalanya, tengok ada apa-apa benda ke dalam mulut? (boleh jadi orang ini tercekik). Letak pipi kita kat hidung dia dan rasa..ada tak hembusan nafas? tengok dadanya bergerak tak?

5. Periksa nadi - boleh rasa kat leher, pergelangan tangan.Pulse

.

Kalau dia bernafas dengan baik dan ada nadi, alhamdulillah. No panic. Panggil orang angkat dan bawa naik kereta ke klinik atau hospital. Silakanlah untuk memilih antara hospital kerajaan atau swasta.

Kalau dia tidak sedarkan diri, dan tidak bernafas dengan baik (sesak nafas dan tersekat-sekat), atau tiada nadi, PERTAMA SEKALI dail 999 panggil ambulan. (Mungkin ramai di antara kita yang keberatan untuk dail 999, mungkin rasa nak bawa sendiri naik kereta meredah jalanraya pergi hospital, dan nak pilih dulu untuk pergi hospital mana. Boleh, kalau pesakitnya stabil. Tetapi kalau dalam situasi kecemasan seperti sesak nafas atau nadi yang lemah, kita tiada masa! Dail 999, dan inshaAllah hospital terdekat akan menyahut). Still, no panic.. tapi jeritlah minta tolong orang keliling. Sementara menunggu ambulan, bagi sesiapa yang tahu, cepat-cepat mulakan CPR di situ juga.  InshaAllah ia berpotensi menyelamatkan nyawa! Hanya kalau memang tidak seorang pun di tempat kejadian tahu CPR, dan kereta confirm akan lagi cepat dari ambulan, ok.. lekaslah naik kete selepas call 999, supaya pihak hospital boleh tahu dan bersedia.

.

CPRSaya rasa Kementerian Kesihatan kena buat iklanlah tentang situasi orang pengsan, untuk bantu meningkatkan kesedaran semua orang. Bagus juga kalau CPR dimasukkan dalam modul PLKN, atau diwajibkan belajar kat universiti. Biar orang muda belajar buat, kerana peri pentingnya ia dan boleh menyelamatkan nyawa! CPR ni orang bukan doktor pun sangat mampu buat, asalkan pernah belajar. Lagi-lagi dengan keadaan di Malaysia yang kita semua rajin makan santan, kencing manis, darah tinggi dan ramai orang sakit jantung. Banyak juga eksiden kan.

.

Di sini juga saya sertakan sedikit info tentang tanda-tanda orang yang sedang menghadapi heart attack:
1. sakit/rasa sangat berat di tengah-tengah dada
2. sakit merebak ke bahu kiri dan leher kiri
3. sesak nafas
4. loya dan muntah
5. berpeluh-peluh
6. pucat lesi
7. pengsan dll

Tanda-tanda orang kena stroke (orang melayu kata ‘angin ahmar’). Tiba-tiba sahaja:
1. lemah sebelah badan (tak boleh gerakkan tangan/kaki)
2. muka senget sebelah
3. tidak boleh bercakap/tidak boleh menyebut perkataan
4. pengsan dll

.

Saya berharap maklumat-maklumat ini serba-sedikit membantu kita semua untuk mengenalpasti situasi emergency, supaya kita dapat mengambil tindakan segera yang sewajarnya. Dan belajarlah CPR. Semua ini adalah sebahagian daripada Islam – tentang mengambil berat hal orang sekeliling, tentang menolong yang memerlukan, dan berikhtiar dalam menghadapi ujian Allah, selain bertawakal kepadaNya dan redha dengan ketentuanNya. Bahkan dunia perubatan adalah sebahagian dari dunia Islam. Tidak terpisah. And we all want to be a better muslim, don’t we? 

Sekadar pendapat seposen dua.. =)

.

ar-rumaisa
Medical Officer

extremist

“Memang kita orang Islam. Tapi tak payahlah alim-alim sangat. Biasa-biasa aja dahlah.”

Saya terdiam. Banyak yang perlu difikirkan tentang kata-katanya itu. Semalaman saya merenung, saya bertanya kepada orang, tetapi tiada siapa pun yang dapat menerangkan kepada saya dengan jelas, termasuklah orang yang mengucapkan kata-kata itu sendiri…

Islam yang ‘biasa-biasa’ tu macam mana?
Apa yang ‘biasa’ dan apa pula yang ‘luar biasa’ ?
Pening kepala memikirkannya.

.

Bukankah sefaham kita, yang ada cumalah Islam, iaitu satu cara hidup, cara fikir, perasaan, kesedaran, amalan, budaya, yang diperintahkan Allah SWT untuk kita laksanakan dalam segenap aspek kehidupan. Kalau dapat dimisalkan hayat kita yang pendek ini seperti sehelai kain, maka hendaklah kita usahakan semampu mungkin agar jangan sampai ada seurat benang pun yang terlepas dari diresapi celupan pewarna Islam ini. Kerana inilah celupan pewarna terbaik dan tercantik lagi terjamin kualitinya, yang pasti tidak akan merosakkan lembaran hidup kita.

“Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepadaNya lah kami menyembah.” (Surah Al-Baqarah: ayat 138)

.

go your own directionIslam yang ‘biasa-biasa’ ?
Kalaulah ‘biasa-biasa’ itu ertinya mengikut cara hidup yang sudah menjadi kebiasaan ramai orang,
maka perlulah kita sangat berhati-hati, kerana adakalanya majoriti belum tentu betul, minoriti belum tentu salah, atau sebaliknya. Kita mesti berdiri di atas Islam yang bukan sekadar ikut-ikutan, tetapi haruslah didasari oleh keimanan, keyakinan dan kefahaman. Pada usia 20-an ini, sudah masanya kita merenung betul-betul pilihan identiti diri kita dan jalan hidup kita, sebelum terlambat. Do not just go with the flow. Berhentilah dari menyalahkan suasana dan hanya menjadi ‘mangsa keadaan’.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Surah Al-An’am : ayat 116)

.

Apa yang penting adalah menyesuaikan hidup kita mengikut selera Islam, bukan Islam yang harus disesuaikan mengikut selera kita! Sebab kita hanyalah penganut Ad-Deen ini, bukan pencipta. Penciptanya adalah Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Maka kita tidak perlu modify lagi, tidak perlu pilih-pilih, tambah-tambah atau kurangkan apa-apa dari Islam ini. Ia sudah indah dan sempurna.

.

Namun, sekiranya untuk menyesuaikan hidup kita mengikut acuan Islam menyebabkan kita terpaksa menjadi ‘luar biasa’, melawan arus gelombang yang bagaikan tsunami, nampak pelik, bersabarlah dan tetapkan langkahmu. Kerana tiket syurga itu mahal. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah saw bersabda:

“Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

.

baraAlangkah panasnya dan melecurnya tangan untuk menggenggam bara api, pasti ingin saja dilepaskan dan dicampakkan bara itu. Untuk memelihara aurat selengkapnya ketika berkumpul sepupu-sepapat sanak-saudara di kampung bukan mudah, atau untuk menolak langsung dari menghadiri jamuan beralkohol yang dijemput rakan-rakan sekerja irish, sepertimana susahnya untuk bercakap tentang islam dengan kawan-kawan dalam perbualan seharian. Sembang tentang benda lain semua boleh, filem, fesyen, kerja, gossip, keluarga.. apa saja. Tapi bukan tentang Islam. Itu cerita planet lain.

.

Seandainya kefahaman dan pemikiran kita ini menyebabkan kita dilabel ‘extremist’, senyumlah, insyaAllah kita tidak kisah,kan?
Ya, kita memang extreme =)
Namun, jika ianya salah, maafkanlah dan mohon sangat untuk dibetulkan. Usah kita pula yang merasa betul sentiasa lantas duduk di dalam comfort zone. Selalulah bermuhasabah. Semoga kita semua dihadiahkan kekuatan dan keikhlasan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah dan melangkah meredah gelombang dalam senyuman. Ameen.

.

ar-rumaisa
Galway, Ireland.

a life to live

I went home feeling sad and bitter. It had been a rough and busy day, because I have many patients that were very very sick and… probably dying.

.

I was bleeped many times by the nurses about a patient who deteriorated rapidly during the day. She has a history of metastatic cancer of the kidney. She was initially admitted for chemotherapy, which has to be delayed because of her poor immune system status.
9.00 am - she was talking and smiling to me during the ward round
2.30 pm – suffering from symptomatic hypercalcemia
4.00 pm – severe abdominal and back pain, I had to give her Morphine for relief
6.00 pm - very weak, difficult to rouse, low blood pressure. ( ?nazak ) 
I attended her, did what I could until she was stable enough, and went home. I wonder whether I will see her again tomorrow.

.

On another ward, another patient of mine started vomiting blood. His blood counts came down too low, that 3 units of blood transfusion has to be given. My consultant strongly felt that this man should not be given any further chemotherapy, because his clinical condition is getting worse. In this situation, if we continue to do so, he can actually die from the chemotherapy, rather than from the cancer! Yes chemotherapy can kill the cancerous cells, shrink the tumour, but please know that it also kills everything else in the body, damages the bone marrow, weakens the immune system, makes people bald, nauseated, weak and very sick. Besides, his most recent CT scans showed his cancer is spreading rapidly despite everything we tried. We are loosing the battle against cancer in this man. 

.

It is the most difficult news to break to him and the family. They were very angry, in denial, emotional and blaming us for being negative about the future and giving up. We,the doctors, just kept quiet. Let them scold, cry and shout to us. Accepting that nothing else can be done to save a loved one is not easy. We did not and had no heart to tell them that according to a recent research, the average live span for patients with such cases (which i am not going to mention here)  is only 21 months after diagnosis.

.

What did i learn from the whole thing?

First of all, after working for only a month in Oncology, I know for sure that this is NOT the field that I’d like to specialise in. It is depressing. The patients on my death list are almost as many as my discharge list! As I deal with death almost on a daily basis, it is one of my greatest fear that I become immune and insensitive to death, that the heart is frozen and fail to react when remembering it. Dzikrul Maut will be a problem then.

.

rantisiIt also made me realize that, death is the same, what differs is just the cause. Whether it is from cancer, or an accident, or homicide. The plain truth is, I may die even before my sick patients. When the time’s up,the angel Izrail will come to fetch us. Therefore I would like to quote the much beloved late as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (may Allah have mercy upon him):

“We are all waiting for the day to die. Either it is by Apache, or by cardiac arrest.. it is the same. I prefer Apache!”

For those who don’t know, Apache is Israel’s attack helicopter, sending missiles and bullets to the Palestinian land. As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi once said, he preferred to die being shot by an Apache, rather than simply from a cardiac arrest. He wanted to die from a noble cause, wished to die as a warrior. He worked hard for this dream. He fought in the battle, and was one of the top Palestinian Hamas leaders. And Allah granted his Doa, he was attacked by 3 Apaches in 2004 and was martyred.

“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya terhadap mereka..” (Surah Ali-Imran: ayat 169-170)

.

If I was put in the position of one of my patients, knowing I have only days to live, what would I do? What would you do? Would we change our ways? Is there anything that we would stop or start doing? Think about it. Perhaps that is the way we should always live…

.

ar-rumaisa

Oncology Medical Officer

Older Posts »